| Penerbit UKM   | Buku Terbaru  |

 

 

 

 

Struktur dan Kereaktifan Biologi: Penawar atau Racun. 2011. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 978-967-942-974-9 (kulit lembut). 88 halaman. Syarahan Perdana. Yang Farina.

Syarahan ini menerangkan tentang peranan ion logam dalam kehidupan khusus terhadap bidang fannaseutikal. Penekanan diberikan dalam pembangunan penyelidikan berkaitan aktiviti biologi kompleks organotimah di UKM. Amalan hidup sihat pada masa ini memperlihatkan penggunaan suplemen berasaskan ion logam yang meluas. Sebagai contoh pil zat selenium, separa-Iogam yang dahulunya dianggap toksik pada masa ini didapati unsur perlu untuk kesihatan. Penyelidikan dalam bidang kintia biotakorganik membuktikan bahawa lebih banyak ion logam menjadi perlu untuk kesihatan dan kesejahteraan manusia. Sehubungan itu, pelbagai suplemen berasas ion logam dijual di fannasi. Secara prinsip ion logam boleh mempengaruhi biokintia dalam system biologi dari dua aspek utama. Pertama, keperluan ion logam dalam proses biokintia sebagai contoh pengangkutan dioksigen. Kedua, ion logam yang dimasukkan dalam sistem biologi manusia sebagai prob diagnostic dan sebagai agen fannaseutikal terapeutik. Kompleks organotimah telah dilaporkan berulang kali berupaya menunjukkan aktiviti biologi. Kompleks organotimah dengan ligan yang mengandungi atom penderma 0, S dan N telah menunjukkan kesan sitotoksik yang tinggi terhadap sel tumor. Kumpulan kami telah melaksanakan penyelidikan terhadap sintesis, pencirian dan aktiviti biologi kompleks organotimah(IV) dengan pelbagai has ligan seperti katekol, asid ditiokarbantik, asid hidroksantik dan tiosemikarbazon. Penyelidikan ini yang merangkumi jangka waktu melebilti 20 tahun telah menghasilkan lebih daripada 150 sebatian bam. Kompleks organotimah(IV) menunjukkan pelbagai geometri bergantung pada ligan yang digunakan. Apa yang juga menarik ialah kompleks organotimah(IV) berupaya berubah struktur dalam lamtan. Sehubungan itu, struktur keadaan pepejal yang ditentukan menggunakan kaedah ktistalografi sinar-X tidak semestinya struktur yang bertanggungjawab terhadap aktiviti biologi yang ditunjukkan. Sebenamya, adalah agak naïf untuk kita memikirkan bahawa korelasi yang mudah wujud di antara strukturdan aktiviti biologi. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa trend umum yang diperhatikan. Secara umum, sebatian kompleks menunjukkan kesan biologi yang Iebih aktif berbanding ligan bebas. Kami juga bersetuju bahawa kompleks dibutiltimah(IV) merupakan yang paling aktif secara biologi. Apa yang menarik terdapat kompleks organotimah(IV) yang mempunyai aktiviti yang tinggi terhadap sel kanser tetapi mempunyai kesan toksik yang sederhana terhadap sel biasa. Apa yang jelas ialah kompleks organotimah boleh menunjukkan sikap memilih terhadap sel kanser.


020611