| Penerbit UKM   | Buku Terbaru  |

 

 

 

 

Bahasa Korea. 2011. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 978-967-942-995-4 (kulit lembut) Edisi Kedua. 258 halaman. RM 40.00. Rou Seung Yoan & Kim Keum Hyun.

Pada abad ke-15, Maharaja Sejong daripada Dinasti Lee telah mencipta satu system penulisan bersimbol khusus untuk bahasa Korea, iaitu Hangul. Pada mulanya Hangul hanya mempunyai 24 huruf, iaitu 14 konsonan dan 10 vokal, tetapi Hangul telah berkembang menjadi 40 huruf dengan 19 konsonan dan 21 vokal. Walau bagaimanapun, 24 adalah huruf asas, manakala yang selebihnya adalah gabungan daripada huruf asas. Konsonan Hangul meniru bentuk organ bersuara seperti bibir, lidat atau kerongkong, manakala bentuk vocal pula mempunyai falsafah tentang syurga, tanah dan rakyat. Buku ini dibahagikan kepada 25 unit dan setiap unit mengandungi bahagian perbualan, perbendaharaan kata, keterangan tatabahasa dan latihan. Bagi memudahkan pelajar menguasai bahasa Korea, bahagaian perbualan dimuatkan dengan beberapa contoh perbualan harian supaya pelajar boleh menggunakannya dalam berkomunikasi. Behagian perbendahraan kata da keterangan tatabahasa akan menjelaskan makna dan cara penggunaan secara terperinci. Contoh yang digunakan disini juga adalah daripada perbualan harian. Selepas setiap lima unit akan disertakan ulang kaji untuk membolehkan para pelajar mengaplikasi pelajaran yang telah dipelajari. Keseluruhan kandungan edisi kedua disertakan juga dalam bentuk audio untuk membantu pelajar yang membuat pembalajaran sendiri.

ROU SEUNG YOAN, pensyarah di Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). KIM KEUM HYUN, pensyarah di Jabatan Sosiobudaya Melayu, Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur.

 

 

 


101011