
|
Perdagangan dan Peradaban di Laut Malayu. 2011.
Penerbit UKM: Bangi. ISBN 978-967-412-008-5 (kulit lembut). 86 halaman. Syarahan Perdana. Nordin Hussin.
Lautan, pelayaran dan perdagangan merupakan tiga aspek utama yang telah membentuk peradaban Melayu. Peradaban yang berteraskan kepada dunia maritim ini pada hakikatnya manjadi pemangkin kepada kehidupan masyarakat Melayu yang mendiarni di Laut Malayu. Laut Malayu yang merentas di antara Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu merupakan tanah leluhur orang Melayu dan sejak dari zamal awal rnilenium lagi orang Melayu telah dapat membina peradabannya yang berteraskan kepada kelautan dan perdagangan. Pelayar Melayu juga telah dapat menembusi seluruh pelusuk sembilan lautan yang terdapat di Dunia Melayu untuk berdagang dan membina peradaban. Sejak bermulanya peradaban Melayu awal yang dibina di Kedah dan kemudian diteruskan oleh kerajaan Srivijaya, kerajaan Melaka, dan kerajaan Johor, kesemuanya berteraskan kepada dunia kelautan dan perdagangan. Namun, setelah penguasaan Eropah bermula dari abad ke-16 dan kemudiannya membawa kepada kehancuran pelabuhan Johor-Riau pada tahun 1784, Laut Malayu telah menjadi saksi kepada ketahanan peradaban Melayu yang telah diasaskan daripada kegiatan pedagangan dan kelautan menerima asakan kuasa luar yang kemudiannya membawa kepada terhakisnya nilai murni jati diri masyarakat Melayu yang berteraskan kepada peradaban maritim. Justeru, sejarah Laut Malayu pada zaman awal moden tidak banyak difaharni oleh ramai sarjana tentang kedinarnikan peradaban Melayu. Disebabkan oleh kekurangan kajian dan penulisan pada abad tersebut membuatkan sarjana sukar untuk memahami bagaimana masalah kekuasaan orang Melayu daiam ekonomi dan perdagangan telah ketinggalan pada zaman kolonial dan pascakolonial. Oleh itu, syarahan yang dibentangkan ini adalah untuk memperjelaskan bagaimana sejarah sosial dan ekonomi yang berlaku di Laut Malayu yang telah dapat membongkar banyak permasalahan dan lakuna yang terdapat dalam kajian-kajian sebelumnya. Selain itu juga syarahan ini juga menjelaskan kepentingan Laut Melayu sebagai laluan utama perdagangan dunia, pelabuhan utama yang muncul dan berkembang di Laut Melayu, masyarakat pedagang, konsep bandar natif/peribumi dan bagaimana pelabuhan dan masyarakat yang mendiami di pelabuhan yang terletak di Laut Melayu telah Berjaya memainkan peranan penting dalam perdagangan dunia dan membentuk peradaban Melayu.
|