Pengenalan Tulisan Bahasa Jepun - Hiragana. 2012. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 978-967-942-012-2 (kulit lembut). 150 halaman. Natsue Hieda, Mimiko Nezu & Aznur Aisyah Abdullah.

Tulisan Jepun secara umumnya terdiri daripada tiga jenis, iaitu hiragana, katakana dan kanji.  Setiap tulisan ini mempunyai fungsi dan cara penggunaan yang berbeza.  Seseorang pelajar itu haruslah mempelajari perkara asas dalam bahasa Jepun iaitu  cara menulis sebelum empat skil dalam pembelajaran bahasa Jepun (bercakap, mendengar, membaca dan menulis) dipraktikkan.  Buku ini merangkumi setiap aspek yang pelajar perlu ketahui di dalam hiragana, iaitu huruf yang berasal dari Jepun.  Huruf hiragana dibentuk dripada imej keseluruhan sesuatu bentuk kanji.  Pengetahun asas tentang bahasa Jepun telah disusun melalui teknik pembelajaran yang berkesan dan menarik di dalam buku ini.  Contohnya penggunaan ilustrasi komik (manga) dalam memperkenalkan dialog yang digunakan dalam kehidupan seharian di Jepun.  Selain daripada itu, persembahan isi kandungannya yang menggunakan kaedah perbualan antara guru dengan pelajar memudahkan pelajar memahami masalah yang sering dialami oleh pelajar lain dalam mempelajari bahasa Jepun.  Kosa kata yang digunakan dalam buku ini adalah berdasarkan senarai glosari perkataan yang pelajar perlu ketahui bagi menduduki peringkat paling asas dalam Japanese Language Proficiency Test (JLPT).  Perkataan-perkataan ini juga telah digabungkan dalam satu imej yang membolehkan pelajar membuat hubung kait perkataan tersebut dengan situasi bagi memudahkan proses ingatan.  Pada setiap bab disediakan latihan ulang kaji bagi menguji kebolehan pelajar.  Latihan yang menggunakan bantuan audio juga disertakan bersama-sama buku ini.  Keseluruhan isi kandungan yang lengkap tentang hiragana membolehkan pelajar mempraktikkan pembelajaran kendiri menggunakan buku ini.

NATSUE HIEDA, MIMIKO NEZU, AZNUR AISYAH ABDULLAH  adalah Guru Bahasa Jepun di Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

 

 

 

 

Penerbit UKM 43600 UKM Bangi MALAYSIA tel 6-03-8921 3138 faks 6-03-8925 4575 e-mel: penerbit@ukm.my 
Laman ini diterbitkan sejak 24/12/95. Dikemaskini 14 November 2011

counter