BAHAGIAN MULTIMEDIA
Unit Audio Visual
Unit ini menyediakan perkhidmatan rakaman video,
penerbitan video dan bantuan teknikal. Rakaman video menggunakan
teknik kamera berbilang dan satu kamera. Kemampuan penerbitan video
merangkumi fasa praproduksi, produksi dan pascaproduksi. Bantuan
teknikal yang diberikan merangkumi tayangan projektor LCD di DECTAR dan CCTV - kamera litar tertutup. Kakitangannya mempunyai kemahiran
membuat liputan acara di dalam dan di luar kampus serta telah mendapat
pengiktirafan.
Unit Foto
Unit ini menyediakan rakaman fotografi lapangan dan
studio. Koleksi foto dalam bentuk digital, filem dan cetakan
terdapat di pustaka foto. Unit ini mempunyai kamera SLR digital dan SLR filem. Kakitangannya telah menjadi pembimbing bengkel
fotografi peringkat kebangsaan di samping mendapat pengiktirafan.
Foto-fotonya menghiasi beberapa terbitan korporat dan
kebangsaan.
Perkhidmatan Berbayar
Rakaman video dan foto selain dari acara rasmi universiti akan dikenakan caj berikut:
| Rakaman video 1 kamera (ENG) |
RM 100.00 sejam |
| Rakaman video kamera berganda (terhad di DECTAR) |
RM 300.00 sejam |
* Caj rakaman adalah untuk warga UKM sahaja.
|