Teknetium-99 Perteknetat Imunoglobulin G Manusia sebagai Agen Radiofarmaseutikal dalam Pengesanan Inflamasi. ROSNANI HASHIM, SHAHARUDDIN MOHD, ANG WOAN TZE, WAN HAMIRUL BAHRIN WAN KAMAL & SHAHRIN ABDUL HAMID. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia 1 Julai/July 2003

Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk menentukan potensi teknetium-99m perteknetat Immunoglubulin G. Manusia (99mTc-HlgG) sebagai agen radiofarmaseutikal dalam pengesanan lokasi inflamasi. Antibodi HlgG terturun didapati sesuai disimpan pada suhu optimum –70oC dan 0oC dan didapati rosak pada suhu penyimpanan 2 – 8oC. Peratusan perolehan penglabelan HlgG dengan 99mTc adalah melebihi 95%. Biodistribusi 99mTc-HlgG dijalankan dengan kaedah imunosintigrafi (imbasan) serta kaedah bunuh dan kira. Imunosintigram yang diperolehi empat jam selepas suntikan dos menunjukkan imbasan biodistribusi 99mTc-HlgG dikaji dengan menggunakan tikus Sprague-Dawley yang disuntik dengan turpentine secara intraotot untuk mengaruhkan inflamasi. Penentuan biodistribusi 99mTc-HlgG dijalankan dengan kaedah imunosintigrafi (imbasan) serta kaedah bunuh dan kira. Imunosintigram yang diperolehi empat jam selepas suntikan dos menunjukkan imbasan biodistribusi 99mTc-HlgG yang paling jelas pada otot terinflamasi. Hasil keputusan bunuh dan kira juga menunjukkan nisbah pengambilan 99mTc-HlgG otot terinflamasi adalah paling tinggi pada jangka masa empat jam selepas suntikan dos. Corak bagi pengumpulan 99mTc adalah berbeza berbanding dengan 99mTc-HlgG. Pengimejan sel inflamatori menggunakan radiofarmaseutikal 99mTc-HlgG, berpotensi untuk digunakan dalam diagnosis infeksi/inflamasi, contohnya bagi pesakit kanser atau yang mempunyai system ketahanan imun yang lemah dan penilaian respon pesakit terhadap terapi penyakit inflamatori.

Kata kunci: Radiofarmaseutikal, Imunoglobulin G Manusia (HlgG), Teknetium-99m perteknetat ( 99mTc), inflamasi.