Jurnal Sains Kesihatan Malaysia 2 (1) 2004

Kajian Pendegradan Asid Askorbik dalam Admikstur Pemakanan Parenteral

AHMAD FUAD SHAMSUDDIN, RISYDAN MOHAMAD &

BUKHORI ABU BAKAR

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pengaruh masa penyimpanan, suhu penyimpanan dan kehadiran oksigen terhadap kadar degradasi asid askorbik dalam admikstur pemakanan parenteral (APP). APP disediakan di dalam beg etil vinil asetat (EVA) berdasarkan regimen pemakanan parenteral asas. APP disediakan secara aseptik di dalam kabinet aliran udara laminar. Suhu penyimpanan sampel ditetapkan pada 25°C, 30°C, 35°C, dan 40°C. Sampel yang mengandungi udara (oksigen) dan tanpa udara diambil daripada beg EVA pada masa 0, 6, 12, 24 dan 30 jam. Sampel APP (yang mengandungi asid askorbik) dianalisis menggunakan kaedah Kromatografi Cecair Berprestasi Tinggi (KCBT). Lengkuk kalibrasi piawai dan masa penahanan bagi asid askorbik ditentukan sebelum analisis sampel dilakukan. Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan penurunan kandungan asid askorbik yang signifikan bagi kedua-dua APP berudara dan tanpa udara sejajar dengan peningkatan masa dan suhu penyimpanan sampel (p < 0.05). Kandungan asid askorbik bagi sampel APP berudara mengalami penurunan yang lebih cepat berbanding APP tanpa udara. Kesimpulannya, degradasi asid askorbik dalam APP dipengaruhi oleh masa penyimpanan, suhu penyimpanan dan kehadiran udara.

Kata kunci: admikstur pemakanan parenteral, asid askorbik, oksigen, kestabilan fizikokimia, beg etil vinil asetat.

ABSTRACT

This study was carried out to investigate the influence of storage time, storage temperature and oxygen on degradation of ascorbic acid in parenteral nutrition admixture (PNA). The PNAs were prepared in ethyl vinyl acetate (EVA) bags based on basic parenteral nutrition regimen. The PNAs were prepared aseptically in a laminar flow hood. Storage temperature was set at 25, 30, 35 and 40°C. Samples containing air (oxygen) and air-free were taken from EVA bags at 0, 6, 12, 24 and 30 hrs. PNA samples (containing ascorbic acid) were analysed by High Performance Liquid Chromatography (HPLC). Standard calibration curve and retention time of ascorbic acid were determined prior to analysis of samples. The study showed a significant decrease of ascorbic acid content in both PNAs containing air and air-free in relation to the increase in storage time and temperature (p < 0.05). The decrease of ascorbic acid content in PNAs with air was higher compared to the ones air-free. In conclusion, the degradation of ascorbic acid in PNAs is influenced by storage time and temperature as well as the presence of air.

Key words: parenteral nutrition admixture, ascorbic acid, oxygen, physicochemical stability, ethyl vinyl acetate bag.