Jurnal Sains Kesihatan Malaysia 2 (1) 2004
Etnobotani ke atas Tumbuhan yang digunakan
sebagai Ulam di MalaysiaKHAIRANA HUSAIN, MOHD SHAFIE ZABIDI, IBRAHIM JANTAN,
JAMIA AZDINA JAMAL & JURIYATI JALIL
ABSTRAK
Tinjauan etnobotani ini merupakan satu usaha untuk mengumpul, mengenalpasti dan menjanakan maklumat mengenai kepelbagaian tumbuhan yang digunakan sebagai ulam oleh masyarakat Melayu di Malaysia. Kajian ini berdasarkan tinjauan literatur dan temubual yang dijalankan di pasar Kuala Lumpur dan bandar Port Dickson, Negeri Sembilan. Sebanyak 109 spesies tumbuhan daripada 52 famili telah berjaya direkodkan kegunaan mereka sebagai ulam. Daripada jumlah ini, 47 spesies daripada 27 famili adalah ulam popular manakala 62 spesies daripada 38 famili adalah ulam tradisional. Kebanyakan ulaman tersebut dipercayai mengandungi pelbagai khasiat perubatan dan digunakan dalam merawat pelbagai jenis penyakit terutamanya yang ringan seperti penyakit kulit, masalah penghadaman, sakit ringan, luka dan ulser, panas badan, batuk dan sebagai agen melambatkan proses penuaan.
Kata kunci: Tinjauan etnobotani, tumbuhan ubatan, ulam, khasiat perubatan.
ABSTRACT
This ethnobotanical survey is an effort to collect, identify and generate information on the variety of plants which are being utilized as salads by the Malays in Malaysia. The research was based on a literature survey and interviews carried out at the markets of Kuala Lumpur and downtown Port Dickson, Negeri Sembilan. A total of 109 species from 52 families had been successfully recorded to be consumed as salads. Of these, 47 species from 27 families are popular salads while 62 species from 38 families are traditional salads. Most of the salads are believed to possess a variety of medicinal values and are used to treat various diseases especially of a mild nature such as skin infections, digestion problems, mild pain, cut and ulcer, fever, cough and as anti-aging agents.
Key words: Ethnobotanical survey, medicinal plants, salads, medicinal values.