Jurnal Sains Kesihatan Malaysia 2 (1) 2004
Nutritional and Health Status among
Young Indian Adults in MalaysiaNORIMAH A.KARIM & KALIDASS M.
ABSTRAK
Satu kajian hirisan lintang untuk menentukan kaitan di antara status pemakanan dan kesihatan telah dijalankan ke atas 80 orang dewasa muda India (16 lelaki dan 64 wanita). Pengukuran antropometri seperti berat, tinggi, ukurlilit pinggang dan pinggul dilakukan. Pengambilan makanan, glukosa darah dan tekanan darah juga ditentukan. Berat lahir diperolehi dari sijil kelahiran atau proksi subjek. Hasil menunjukkan min berat, tinggi, indeks jisim tubuh (
IJT) dan nisbah pinggang pinggul adalah masing-masing 64.9 + 9.1 kg, 1.7 + 0.1 m, 21.6 + 2.6 kg/m2 dan 0.9 + 0.1 untuk lelaki. Keputusan antropometri yang diperolehi untuk wanita adalah lebih rendah secara signifikan (p < 0.05) kecuali untuk IJT (50.7 + 9.9 kg, 1.6 + 0.1 m, 20.4 + 3.5 kg/m2, 0.8 + 0.1. Min pengambilan tenaga untuk lelaki ialah 2215 + 323 kcal per hari dan lebih tinggi dengan signifikan (p < 0.05) daripada wanita (1594 + 292 kcal per hari). Lelaki dan wanita memenuhi hanya 88% dan 80% dari saranan pengambilan tenaga untuk Malaysia masing-masing. Nutrien yang perlu diberi perhatian di kalangan wanita adalah ferum, di mana hanya mencapai 46% RDA. Min glukosa darah adalah 4.7 + 0.9 mmol/l untuk lelaki sementara 4.4 + 0.6 mmol/l untuk wanita. Tekanan darah sistolik (SBP) dan diastolik (DBP) ialah 112 + 8 mm Hg dan 76 + 7 mm Hg di kalangan lelaki dan lebih tinggi secara signifikan (p < 0.05) daripada wanita (103 + 10 mm Hg SBP, 70 + 8 mm Hg DBP). Terdapat perkaitan yang positif di antara berat lahir dan glukosa darah, SBP DBP dan IJT, walau bagaimanapun kaitan ini tidak signifikan.Kata kunci: antropometri, pengambilan makanan, status pemakanan dan kesihatan, dewasa muda India, tekanan darah
ABSTRACT
A study was carried out to determine the relationship between nutritional status and health status among 80 young Indian adults (16 men and 64 women). Anthropometric measurements such as weight, height, waist and hip circumference were taken. Food intake, blood glucose and blood pressure were also evaluated. Birth weight was obtained from birth certificates or proxy. Results showed that mean weight, height, body mass index (
BMI) and waist to hip ratio (WHR) for men were 64.9 + 9.1 kg, 1.7 + 0.1 m, 21.6 + 2.6 kg/m2 and 0.9 + 0.1, respectively. The anthropometric results reported for women were significantly (p < 0.05) lower than men except for BMI (50.7 + 9.9 kg, 1.6 + 0.1 m, 20.4 + 3.5 kg/m2, 0.8 + 0.1). Mean energy intake for men was 2215 + 323 kcal per day and was significantly (p < 0.05) higher than women (1594 + 292 kcal per day). Men and women fulfilled only 88% and 80% respectively of the energy recommendation for Malaysia. The nutrient of concern among women was iron, meeting only 46% of RDA. Mean blood glucose was 4.7 + 0.9 mmol/l in men while 4.4 + 0.6 mmol/l in women. Systolic (SBP) and diastolic blood pressure (DBP) was 112 + 8 mm Hg and 76 + 7 mm Hg in men and significantly higher than in women (103 + 10 mm Hg SBP, 70 + 8 mm Hg DBP). Positive associations were observed between birth weight and blood glucose, SBP DBP and BMI, however, the associations were not significant.Key words: anthropometric, food intake, nutritional status, young Indian adults, health status, blood pressure.