Pencirian Fosfolipid & Protein Sperma Lembu: Pemisahan Elektroforesis

Penyediaan sperma berkualiti adalah komponen penting dalam pelaksanaan teknik bantuan kehamilan. Bagi mencapai objektif ini, teknik seperti swim-up dan pengemparan kecerunan ketumpatan digunakan secara meluas. Walaupun begitu, kaedah yang disenaraikan ini menyebabkan kerosakan sperma melalui penghasilan sepsis oksigen reaktif. Maka, kajian telah dijalankan untuk mencari kaedah alternatif, iaitu pemisahan sperma secara elektroforesis. Semen lembu segar telah digunakan sebagai sampel. Terdapat dua fasa dalam melaksanakan kajian tersebut, iaitu pemantauan voltan dan minit pemisahan yang optimum dan melibatkan pengektrakan dan pengenalpastian fosfolipid serta protein sperma pada populasi 20V selama enam minit. Pengenalpastian fosfolipid adalah melalui CGMS, manakala protein melalui alat MALDI-TOF/TOF. Kandungan fosfolipid dan protein bagi populasi ini dibandingkan dengan sperma yang tidak melalui pemisahan dan sperma yang masih berada pada tempat injeksi selepas tamat minit perpisahan. Pencirian fosfolipid menunjukkan sperma yng dipisahkan mengandungi fosfatidil inositol dan fasfatidil kolin lebih tinggi berbanding kedua-dua kumpulan kawalan. Terdapat dua jenis protein yang bersifat negatif diekspres secara unik, iaitu protein sperm equatorial segment yang memainkan peranan penting dalam pesenyawaan dan lamin A/C yang mengekalkan kestabilan bentuk nukleus sperma. Oleh itu, 20V dan enam minit diperlukan dalam sistem ini bagi memisahkan sperma kepada populasi yang berkualiti tinggi. Populasi yang terhasil pula mempunyai ciri yang unik, iaitu mempunyai struktur membran yang utuh serta berpotensi tinggi untuk persenyawaan.