Penerbit UKM

 Inspirasi Ilmu Tersohor

Pendidikan Kesihatan Prakehamilan

Penjagaan kesihatan prakehamilan yang berkesan mengurangkan risiko kematian, penyakit kronik dan berbahaya serta kecatatan seumur hidup zuriat yang bakal dilahirkan. Ia juga mengurangkan risiko kematian dan kompilasi kesihatan kepada bakal ibu terutamanya semasa dan selepas fasa kehamilan dan kelahiran. Dalam masa yang sama, ia meningkatkan kesuburan dan tahap kesihatan bakal ibu secara menyeluruh. Sehubungan itu, buku ini membincangkan tajuk dimensi pendidikan kesihatan prakehamilan khusus bagi bakal ibu dan individu yang signifikan dengan aspek kesejahteraan bakal ibu. Dimensi pertama manfokuskan kepada aspek pembangunan pengetahuan melalui literasi kesihatan. Dimensi kedua dan ketiga membincangkan aspek pemakanan iaitu pemakanan berkualiti serta pengambilan asid folik dan vitamin. Dimensi keempat fokus kepada aspek pengukuran fizikal tubuh iaitu indeks jisim berat badan (BMI). Dimensi kelima fokus kepada aspek pencegahan dan rawatan penyakit keturunan iaitu pengurangan risiko talasemia. Dimensi keenam fokus kepada aspek pemantauan dan saringan kesihatan. Dimensi ketujuh pula fokus kepada aspek kesejahteraan mental yang kian meruncing dewasa ini. Kesemua dimensi yang dibincangkan ini mempunyai kesinambungan yang sangat releven untuk meningkatkan tahap kualiti kesihatan serta kesejahteraan bakal ibu dan anak secara berterusan.