Penerbit UKM

 Inspirasi Ilmu Tersohor

Penyelewengan Tokoh Syiah Isu Ahl Al-Bayt

Shaykh Muhammad Mar c I al-Amin al-Antaki adalah tokoh Syiah yang cuba mengankat kedudukan ahl al-Bayt dalam karyanya: Limadha akhtartu madhhab al-Shiah. Beliau telah memanipulasi ayat al-Quran dan hadis Rasulullah SAW untuk menyokong atau menjustifikasi pegangan fahamannya. Jesteru, karya beliau ini perlu dianalisa secara ilmiah kerana perbahasannya melibatkan penggunaan dalil Naqli, iaitu al-Quran dan hadis. Karya ini juga dilihat amat berbahaya penyebaran fahaman Syiah dalam kalangan masyarakat ahl al-Sunnah. Buku ini merestorasikan dalil-dalil yang telah dikemukakan tokoh tersebut mengikut piawai konteks yang sahih atau sebenar. Buku ini juga sesuai dijadikan rujukan untuk menjelaskan kekeliruan tentang fahaman Syiah secara umum dan ahl al-Bayt secara khusus.