Penerbit UKM

 Inspirasi Ilmu Tersohor

Potensi Produk Hijau Termaju daripada Sumber Biojisim Pertanian

Biojisim pertanian atau bahan lignoselulosa merupakan sumber bahan mentah keterbaharuan yang terbesar di dunia. Penggunaan biojisim ini disasarkan bagi penghasilan bahan bakar dan bahan kimia ringkas benilai tinggi. Pemprosesan biojisim lignoselulosa kepada pulpa bagi pelbagai kegunaan diperlukan untuk penghasilan produk tambah nilai yang tertentu. Produk seperti filem, hydrogel, manik dan aerogel selulosa terhasil dari penjanaan semula selulosa diketengahkan sebagai produk hijau yang mempunyai sifat-sifat yang sangat unik. Manakala rawatan kima yang dilakukan terhadap selulosa berupaya meningkatkan keupayaan selulosa sebagai bahan penjerap utama untuk rawatan air sebagai bahan antibekteria dengan pemfungsian bahan nano. Buku suntingan yang dibahagikan kepada enam bab ini memberikan garis panduan mengenai pemprosesan biojisim lignoselulosa daripada kaedah pemprosesan bahan mentah kepada serbuk atau zarah pelbagai saiz secra pengisaran dan pulpa melalui proses pempulpaan bagi pelbagai kegunaan. Menariknya, beberapa produk yang dinyatakan di dalam buku ini telah memenangi beberapa anugerah produk di dalam pameran pertandingan produk pada perigkat UKM, kebangsaan dan antarabangsa.