Penerbit UKM

 Inspirasi Ilmu Tersohor

Kemahiran Bernilai Tambah: Teori dan Amali

Buku Kemahiran Bernilai Tambah: Teori dan Amali ini membincangkan hasil penyelidikan tentang penyerapan Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Bahasa Melayu. Buku ini mengandungi 14 bab yang disusun mengikut turutan yang mudah difahami oleh pembaca. Sebanyak tujuh KBT yang perlu dikuasai dan digunakan oleh guru Bahasa Melayu sebagai pemudah cara PdPc. KBT adalah perkara yang perlu diberikan perhatian oleh setiap guru yang merangkumi aspek pengetahuan, pemahaman dan kemahiran menyerap elemen KBT dapat menjadikan sesuatu aktiviti PdPc itu lebih menyeronokkan dan berpusatkan pelajar. Dalam konteks PdPc Bahasa Melayu, seharusnya setiap guru memberikan perhatian terhadap elemen KBT ini dalam mengajar karangan, rumusan, pemahaman KOMSAS, dan tatabahasa. Hal ini kerana tajuk atau aktiviti dalam PdPc Bahasa Melayu dapat disampaikan dengan baik dan berkesan jika di ajar oleh guru dengan menggunakan elemen KBT. KBT termasuk dalam pembelajaran abad ke-21 atau PAK 21. Antara elemen PAK 21 adalah kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kemahiran interpersonal, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstrukivisme, dan pembelajaran kontekstual. Jesteru, Guru Bahasa Melayu perlu mengaplikasikan KBT dak PAK-21 ini untuk memastikan aktiviti PdPc lebih menyeronokkan dan berpusatkan pelajar.