Pengenalan Program Komuniti Perkasa

Komuniti PERKASA@remaja dengan kerjasama Bahagian Permata, Jabatan Perdana Menteri adalah program khusus untuk membantu remaja menghadapi cabaran hidup, melalui penyertaan mereka dalam satu siri aktiviti bagi membina pengalaman dan kemahiran tertentu. Remaja akan diberikan kesempatan untuk terlibat sama dalam perancangan dan perlaksanaan aktiviti melalui penyuaraan pendapat dan membuat keputusan terhadap aktiviti yang mereka terlibat. Program di peringkat komuniti ini bertujuan untuk mencungkil potensi diri remaja dari segi sosial, moral, emosi, kognitif dan fizikal agar mempunyai modal sosial yang mantap untuk menjalani hidup mereka ke arah menjadi orang dewasa.

10884622_1128969760462514_1194787785_n