Pusat Pemerkasaan Remaja

Welcome To PERKASA Website

News@GENIUS

Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.

GENIUS Remaja di Putrajaya Open Day 2019

PUTRAJAYA, 5 Oktober 2019 - Kementerian Pendidikan Malaysia telah menganjurkan program Putrajaya Open Day yang melibatkan  23 jabatan kementerian dan 90 agensi kerajaan. Sempena Putrajaya Open Day  yang bertemakan "Sehari Bersama Rakyat, Menyediakan 1001 Perkhidmatan" , pihak GENIUS Remaja  telah dijemput untuk membuka booth jualan dan perkhidmatan. Pihak GENIUS Remaja telah membuka jualan dari produk kek dan pastri, memberikan perkhidmatan spa serta jualan produk dan photobooth. Antara jualan produk kek dan pastri ialah kek pandan gula melaka, kek pecan butterscotch, kek marble dan kek velvet manakala perkhidmatan spa yang dijalankan ialah merias muka, rawatan muka ekspres, rawatan kuku dan tangan serta refleksologi. Booth GENIUS Remaja juga telah menerima kunjungan daripada YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia pada hari tersebut. Putrajaya Open Day telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat kerana kepelbagaian aktiviti, perkhidmatan dan jualan.

Kunjungan YB Dr. Maszlee Malik(Menteri Pendidikan Malaysia) ke booth kek dan pastri.

Photobooth GENIUS Remaja.

Team fotografi dan tenaga pengajar bersama-sama YB Dr. Maszlee Malik.

Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.