Pusat Pemerkasaan Remaja

Welcome To PERKASA Website

15 Mei 2016 – Info Mesra Komuniti 1Malaysia merupakan suatu majlis yang dianjurkan oleh Jawatan Kuasa Komuniti 1Malaysia PPR Kg Muhibbah. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Tun Razak, YBhg. Datuk Rizalman Bin Dato Mokhtar. Program ini melibatkan semua penduduk PPR Kg Muhibbah, Puchong. Acara bermula seawal 9.00 pagi sehingga 4.00 petang. Pelbagai acara sukan rakyat turut dipertandingkan pada hari tersebut antaranya ialah congkak, menganyam ketupat dan pelbagai lagi.

Beberapa pameran daripada badan kerjaan dan NGO telah mengambil bahagian semasa majlis tersebut. Pusat Pemerkasaan Remaja, UKM turut mengambil bahagian dalam majlis tersebut dalam usaha memberi penerangan dan informasi kepada warga penduduk khususnya remaja. Sambutan dan respon yang diperolehi daripada para remaja dan juga ibu bapa yang hadir ke booth PERKASA@remaja memberangsangkan. Pusat Komuniti ini dijangka akan mula beroperasi pada bulan Mei 2016.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *