Kelas Kek Dewasa Anjuran GENIUS Remaja

Kuala Lumpur, September 2019- Pihak GENIUS Remaja telah menganjurkan Kelas Kek Dewasa di dua buah tempat iaitu di Pusat Komuniti GENIUS Remaja PA Desa Rejang (19 September) dan Pusat Komuniti GENIUS Remaja Sri Pantai (23 September). Kelas ini merupakan inisiatif GENIUS Remaja untuk memberi peluang kepada golongan dewasa untuk merasai pengalaman membuat kek di samping mempromosikan Program Komuniti GENIUS Remaja kepada masyarakat setempat. Kelas ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat khususnya golongan suri rumah.

Selain itu, kelas ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada golongan dewasa tentang proses atau prosedur yang dilalui oleh remaja yang menyertai kelas-kelas kemahiran yang dijalankan pada setiap hujung minggu. Pendedahan yang baik akan menggalakkan lagi ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke Program Komuniti GENIUS Remaja.

 

Sesi penerangan resepi daripada tenaga pengajar.

 

Peserta kelas tekun menyukat gula untuk membuat kek.

 

Peserta-peserta mendengar tips daripada tenaga pengajar ketika mencampur adunan.