Pelancaran Program Ekspresi Negaraku

Putrajaya, 18 Mac 2017 – Ekpressi Negaraku merupakan sebuah program yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada 18 Mac yang lalu. Program ini bertujuan meningkatkan rasa sayang dan kesetiaan kesemua rakyat Malaysia terhadap negara.

Program ini juga merupakan kempen yang diharap dapat memupuk seterusnya meningkatkan semanagat patriotisma dalam kalangan rakyat Malaysia. Salah satu yang boleh menterjemah semangat cintakan negara ini ialah dengan mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang masa tanpa menunggu sambutan tertentu di Malaysia untuk mengibarkannya. tanggungjawab mengekalkan keamanan negara juga merupakan tanggungjawab bersama semua rakyat Malaysia.

PERKASA@remaja telah dijemput untuk berkongsi maklumat berkaitan program-program yang dijalankan di booth PERMATA. Pelajar vokal dan muzik daripada kelas komuniti PERKASA@remaja juga telah dijemput untuk membuat persembahan di majlis berkenaan.

 

Majlis pelancaran Ekspresi Negaraku oleh Perdana Menteri Malaysia

 

Pelajar Vokal dan Muzik yang yeng terlibat dalam persembahan

 

Persembahan oleh pelajar kelas Vokal dan Muzik PERKASA@remaja

 

Persembahan oleh pelajar kelas Vokal dan Muzik PERKASA@remaja

 

Penerangan mengenai PERKASA@remaja di booth PERMATA

Laporan oleh: Zuhairah Hayati Hared
Jurugambar: En. Mohd Fairul Hisham Bin Zainal