PERKASA REMAJA MENYANTUNI MASYARAKAT ORANG ASLI

PAHANG: Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA@remaja) UKM dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Tasik Chini telah mengadakan program outdoor photography di sekitar Tasik Chini dan Perkampungan Orang Asli pada 21 hingga 23hb April 2017.

Tujuan program seperti ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari sepanjang penglibatan mereka bersama kelab fotografi PERKASA@remaja. Selain itu, program ini memberikan peluang kepada peserta untuk mengenali sejarah Tasik Chini dan menyantuni masyarakat orang asli di sana.

Dalam program menyantuni masyarakat orang asli, peserta jugatelah memberikan sedikit sumbangan kepada masyarakat orang asli di Kampung Gumum.

Pihak Perkasa Remaja mengucapkan terima kasih kepada pihak Pihak PPTC kerana telah memberikan peluang kepada peserta fotografi perkasa@remaja untuk membuat latihan kerja lapangan di sekitar Tasik Chini. Terima Kasih juga kepada wakil masyarakat orang asli Kampung Gumum yang telah menjadi pemandu arah kepada peserta yang terlibat.

 

Peserta Menyusuri Tasik Chini menuju ke Kampung Orang Asli

 

kanak-kanak orang asli kampung Gumum

 

Penyampaian cerdemata kepada wakil pihak PPTC

 

Peserta menyampaikan sumbangan kepada masyarakat orang asli

 

Laporan oleh: En. Mohd Fairul Hisham Bin Zainal
Jurugambar: Pelajar Fotografi PERKASA@remaja