Perkasa@remaja Corner Menjadi Tumpuan semasa PIC 2016

1 Jun 2016 – Persidangan Antarabangsa PERMATA 2016 di PWTC telah memasuki hari ke-2 pada hari ini. Secara keseluruhannya persidangan yang julung kali dianjurkan oleh Bahagian PERMATA, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama 7 inisiatif yang lain mendapat sambutan yang baik oleh peserta yang hadir.

PERKASA@remaja turut berpeluang menjadi  urusetia dan diberi tugas sebagai ahli jawatankuasa pameran bersama PERMATA Pintar. Semasa persidangan berlangsung, PERKASA@remaja Corner telah berjaya menarik perhatian peserta dengan mengadakan jualan kek, persembahan nyanyian, rawatan refleksologi, perkhidmatan asas solekan dan kecantikan, serta rawatan menicure dan pedicure.

PERKASA@remaja Corner telah berpeluang menerima dua tetamu kehormat ke booth PERKASA@remaja Corner iaitu Datin Seri Rosmah Mansor (Penaung Program PERMATA) dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita di Jabatan Perdana Menteri)

 20160601_131052

20160601_130650

20160601_121610 20160601_121620

 Laporan oleh: En. Lukman Bin Ismail