Pertandingan Merias Wajah di Dewan Serbaguna PA Desa Rejang

Kuala Lumpur, 14 September 2019- Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menganjurkan  Program Komuniti Lestari JKMWPKL 2019 bertempat di Dewan Serbaguna, Perumahan Awam Desa Rejang. Program ini telah dirasmikan Oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga Dan Masyarakat,YB Puan Hannah Yeoh. Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya ialah pertandingan mewarna kategori kanak-kanak, pertandingan baju beragam, pertandingan merias wajah dan gerai jualan buah-buahan dan makanan.

Oleh itu,  pihak GENIUS Remaja tidak melapaskan peluang dengan menghantar lima orang peserta dari kelas kecantikan iaitu tiga peserta dari kelas kecantikan Pantai Ria dan dua peserta dari kelas kecantikan PA Desa Rejang ke pertandingan ini. Penyertaan pertandingan ini terbuka kepada wanita yang berumur 15 hingga 25 tahun (kategori 1) dan 26 tahun keatas (kategori 2).

Pertandingan Merias Wajah bermula pada jam 10 pagi dan tamat sekitar jam 12:30 tengahari. Hasil keputusan muktamad daripada juri mengumumkan bahawa peserta daripada GENIUS Remaja telah berjaya meraih tempat pertama, kedua dan juga ketiga. Tahniah dan syabas diucapkan kepada peserta-peserta GENIUS Remaja dan tenaga pengajar di atas kejayaan yang diperoleh.

 

Peserta GENIUS Remaja sedang merias wajah.

 

Peserta GENIUS Remaja yang meraih tempat pertama, kedua dan ketiga.

 

Semua peserta GENIUS Remaja bersama team pengurusan dan tenaga pengajar.