Program Penerangan PERKASA@remaja UKM di SMK Zon R1 Wangsa Maju

24 Oktober 2016 – PERKASA@remaja UKM telah dijemput oleh pihak sekolah bagi memberikan penerangan berkenaan program komuniti yang dijalankan di Pusat Komuniti PERKASA@remaja. Pelajar yang terlibat dalam dalam sesi penerangan ini terdiri daripada murid-murid Tingkatan 3 yang baharu menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Program ini juga merupakan usaha pihak sekolah dalam mengisi masa senggang para pelajar disamping membuka ruang bagi para pelajar menyertai program yang memberi manfaat kepada mereka.

Pengenalan tentang PERKASA@remaja telah disampaikan oleh kakitangan PERKASA@remaja sendiri,  manakala penerangan berkaitan kelas kemahiran yang ditawarkan telah disampaikan masing-masing oleh tenaga pengajar dari kelas Vokal & Muzik dan Fotografi. Di akhir sesi penerangan, para pelajar SMK Zon R1 Wangsa Maju dihidangkan dengan persembahan yang cukup mantap daripada pelajar-pelajar kelas Vokal & Muzik, PERKASA@remaja.

img-20161024-wa0019

Para pelajar sedang mendengar penerangan yang disampaikan.

 

img-20161024-wa0020

Para pelajar sedang mendengar penerangan yang disampaikan.

Penerangan 25 aset oleh kakitangan PERKASA@remaja

Penerangan 25 aset oleh kakitangan PERKASA@remaja

img-20161024-wa0038

Penerangan berkenaan Kem PERKASA@remaja khusus untuk remaja yang terlibat dengan masalah rempit sedang disampaikan oleh kakitangan PERKASA@remaja

14883623_1099369386766799_4551702427013533807_o

Persembahan daripada pelajar Kelas Vokal & Muzik

img-20161024-wa0035

Persembahan penutup daripada pelajar Kelas Vokal & Muzik

Laporan oleh: Cik Zuhairah Hayati Hared
Jurugambar: En. Mohd Fairul Hisham Bin Zainal