Pusat Pemerkasaan Remaja

Welcome To PERKASA Website

20 Oktober 2016- Seramai 30 orang peserta lawatan yang terdiri daripada kakitangan PERKASA@remaja UKM, tenaga pengajar dan para remaja dari Pusat Komuniti PERKASA@remaja Pantai Dalam dan PPA Desa Rejang telah menyertai lawatan ke Program TUNAS ILHAM di Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka (FSSR) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Alor Gajah. Kini, FSSR telah berjaya mengangkat nama UiTM melalui pelbagai aktiviti dan pencapaian seni baik di peringkat nasional atau antarabangsa. Selain itu, FSSR mempunyai Galeri Seni mantap dan menganjurkan pameran seni seperti TUNAS ILHAM secara tahunan yang memaparkan hasil kerja pelajar dari setiap jabatan.

PERKASA@remaja UKM mengambil inisiatif mengadakan lawatan ini sebagai meraikan dua orang pelajar Komuniti PERKASA@remaja dari kelas fotografi yang turut mempamerkan hasil seni mereka. Kedua-dua mereka merupakan pelajar Diploma Fotografi dan Pengimejan Kreatif di fakulti tersebut. Kami di pihak pengurusan PERKASA@remaja UKM mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan tersebut.

Lawatan ini juga dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan perkembangan dunia seni visual, seni reka, grafik dan industri. Selain itu juga, program ini diharapkan dapat mendedahkan pelajar tentang peluang kerjaya dan menanamkan minat pelajar untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi khususnya dalam bidang fotografi.

Nurshahirah Ghazali, Diploma Fotografi dan Pengimejan Kreatif
Muhamad Shafiq Musa, Diploma Fotografi dan Pengimejan Kreatif
Ahmad Aiman Rosli, Diploma Fotografi dan Pengimejan Kreatif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *