Remaja PPR Kg. Muhibbah serbu tapak pameran PERKASA@remaja di Kompleks Komuniti Muhibbah

6 November 2016 – Program SEMARAK Komuniti Bandar Tun Razak/Cheras telah dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia dengan kerjasama persatuan penduduk PPR Kg. Muhibbah. Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan oleh pihak penganjur antaranya pertandingan mewarna kanak-kanak, senam seni, sukan rakyat, Taklimat Isu Semasa : Bajet 2017 oleh wakil daripada Kementerian Kewangan Malaysia, penyampaian watikah Komuniti 1 Malaysia dan juga pameran daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta.

PERKASA@remaja turut mengambil peluang ini dalam usaha mempromosi dan memperkenalkan program komuniti yang ditawarkan di Pusat Komuniti PERMATA, PERKASA@remaja PPR Kg Muhibbah. Sambutan dan pendaftaran yang sangat memberangsangkan di tapak pameran PERKASA@remaja menunjukkan minat para remaja terhadap  program yang ditawarkan kepada mereka. Kehadiran PERKASA@remaja dan program-program yang ditawarkan kepada penduduk setempat  juga dilihat telah mula mendapat tempat dan perhatian daripada penduduk di sini.

Booth pameran PERKASA@remaja

Tapak pameran PERKASA@remaja

Penerangan diberikan kepada pengunjung booth

Penerangan diberikan kepada pengunjung tapak pameran

Pendaftaran remaja PPR Kg Muhibbah

Pendaftaran remaja PPR Kg Muhibbah

dsc_2247

Sebahagian remaja yang berminat menyertai program Komuniti PERKASA@remaja

Laporan oleh: Cik Zuhairah Hayati Hared