Sesi Taklimat & Pendaftaran Program Komuniti PERKASA@remaja

28 Oktober 2016 – Seramai 30 remaja yang merupakan anak-anak penduduk PPR Kg. Muhibbah telah menghadiri sesi taklimat sempena pembukaan Pusat Komuniti PERKASA@remaja yang terbaharu di Kompleks Muhibbah, PPR Kg. Muhibbah

PERKASA@remaja di PPR Kg. Muhibbah merupakan pusat komuniti yang ke-4 yang dibuka. Taklimat ini diadakan bagi tujuan memberikan input sebelum program komuniti ini akan dilaksanakan pada minggu hadapan.

Kepada yang tidak berkesempatan hadir mendengar taklimat ini, boleh hadir ke pusat komuniti kami di Komplek Muhibbah, PPR Kg Muhibbah atau hubungi kami di : 03 – 8921 3626

taklimat-pendaftaran-ppr-kg-muhibbah

Persembahan daripada pelajar kelas Vokal dan Muzik

Persembahan daripada pelajar kelas Vokal dan Muzik

Penenrangan berkenaan Program PERKASA@remaja oleh kakitangan PERKASA@remaja

Penerangan berkenaan Program PERKASA@remaja oleh kakitangan PERKASA@remaja

Laporan oleh: Cik Zuhairah Hayati Hared
Jurugambar: En Fairul Hisham Zainal