Language

Penafian Terjemahan Bahasa Ketiga

Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan selepas pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer . Kebarangkalian kandungan mungkin berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Universiti Kebangsaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kesalahan maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal di dalam Bahasa Inggeris dan Malaysia.

Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA) UKM

Video

Ucapan Datin Paduk Seri Rosmah Mansor

Ucapan perasmian penutup Program Kem Perkasa Remaja yang disempurnakan oleh Datin Paduk Seri Rosmah Mansor. Majlis ini telah diadakan di Panggung Seni UKM pada 2 Julai 2012. Kem Perkasa Remaja yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah memberi peluang pekerjaan kepada para peserta sejak siri pertama program ini dianjurkan. Kem Perkasa Remaja juga telah memberikan perubahan positif kepada remaja yang pernah terlibat dalam gejala negatif dan menjadi 'mat rempit'.


Kelas Vokal dan Muzik 2013

Sedikit info dan sesi pembelajaran semasa kelas vokal dan muzik pada tahun 2013. Para pelajar melakukan sesi vocal warm-up. Kelas dikendalikan oleh tenaga pengajar, En. Wan Ismail Naqiuddin.


Lawatan Mrs. Nabila Benkirane

Lawatan rasmi isteri kepada Perdana Menteri Morocco, Mrs. Nabila Benkirane pada 26 April 2014.


Kem Perkasa Siri 2

Video kronologi Kem Perkasa Remaja Siri 2/2010. 11 Oktober 2010- Majlis menandatangani MOU. 28 Oktober 2010- pendaftaran peserta. 29-31 Oktober 2010- Pembangunan kendiri. 1-7 November 2010- Pemerkasaan kendiri. 10-11 November 2010- Bersama ikon negara. 12 November 2010- Khidmat komuniti. 13 November 2010- Latihan kecemasan dan keselamatan. 14 Novemeber 2010- Seni mempertahankan diri. 22 November hingga 10 Disember 2010- Kem terbuka.


Kem Perkasa Siri 1

Video mengenai Program Kem Perkasa Remaja siri pertama. Kem ini merupakan salah satu program intervensi kepada golongan 'mat rempit'.




Video Rasmi PERKASA Remaja

Video Rasmi PERKASA Remaja