Kelas Persediaan Peperiksaan Radio Amatur (RAE)

Kelab Radio Amatur Kolej PERMATApintar Negara akan mengadakan Kelas Persediaan Peperiksaan Radio Amatur (RAE) pada 11 dan 12 April 2015. Warga UKM yang berminat adalah dengan segala hormatnya dijemput mendaftar untuk mengikuti kelas ini.

Tujuan

Kelas ini memberi pendedahan kepada para peserta tentang dunia Radio Amatur, dan kegunaannya. Selain itu kelas ini akan membincangkan tajuk-tajuk utama yang perlu diketahui oleh peserta-peserta yang berminat untuk menduduki peperiksaan Radio Amatur untuk membolehkan mereka memohon lesen Radio Amatur  kelas ‘B.”  Lesen ini membolehkan para peserta menggunakan peralatan Radio Amatur, atau menjalankan ujikasi menggunakan spektrum frekuensi yang dikhaskan untuk kegunaan Radio Amatur.

Hasil Pembelajaran

Di akhir kelas para peserta dapat menerangkan sekurang-kurangnya perkara-perkara berikut;

1. Apa itu Radio Amatur

2. Aspek Perundangan dan Peraturan berkaitan Radio Amatur

3.  Peperiksaan Radio Amatur

4. Komponen elektronik, radio, dan antena

5. Aspek keselamatan ketika menggunakan peralatan radio dua hala

6. Prosedur mendapatkan lesen radio amatur

Bayaran

Bayaran dikenakan untuk kos penyediaan nota dan makanan.

Pendaftaran:

Hubungi En Salleh melalui sms atau WhatsApp (rujuk iklan di bawah)

Tarikh tutup penyertaan adalah 12.00 tengahari, 10 April 2015.

Jadual

 

SABTU

• 08.00 pagi Pendaftaran

• 08.30 pagi Pengenalan kepada Radio Amatur

• 09.15 pagi Slot Pertama: Regulation and Standard Operating Procedure Siri 1

• 10.15 pagi Minum Pagi

• 10.30 pagi Slot Kedua : Regulation and Standard Operating Procedure Siri 1(sambungan)

• 11.45 pagi Slot Ketiga : Basic Elektrik dan Elektronik Siri 1

• 01.00 ptg Makan Tengahari/Solat /Rehat

• 02.00 ptg Slot Keempat: Basic Elektrik dan Elektronik Siri 1 (sambungan)

• 02.45 ptg Slot Kelima : Basic Radio , Antenna and Propagation Siri 1.

• 04.00 ptg Minum Petang

• 04.15 ptg Slot Keenam : Basic Radio , Antenna and Propagation Siri 1(Sambungan).

• 05.30 ptg Tamat

AHAD

• 08.30 pagi Slot Pertama: Regulation and Standard Operating Procedure Siri 2

• 09.45 pagi Minum Pagi

• 10.00 pagi Slot Kedua : Regulation and Standard Operating Procedure Siri 2(sambungan)

• 11.15 pagi Slot Ketiga : Basic Elektrik dan Elektronik Siri 2

• 01.00 ptg Makan Tengahari/Solat /Rehat

• 02.00 ptg Slot Keempat: Basic Elektrik dan Elektronik Siri 2 (sambungan)

• 02.45 ptg Slot Kelima : Basic Radio , Antenna and Propagation Siri 2.

• 04.00 ptg Minum Petang

• 04.15ptg Slot Keenam : Basic Radio , Antenna and Propagation Siri 2(Sambungan).

• 05.00 ptg Sesi Soal Jawab

• 05.30 ptg Tamat

Kelas Persediaan RAE2015-01-800x600