Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM

 Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan

Aktiviti Pelajar ASASIpintar

2018

Program ASASIpintar UKM dengan kerjasama Pusat Asasi UiTM Dengkil buat julung kalinya akan menganjurkan Kejohanan Sukan Asasi Universiti Awam  (TAG18) pada 27 Januari sehingga 28 Januari 2018 bertempat di Pusat PERMATApintar Negara, UKM dan Universiti Teknologi Mara, Dengkil.

Kejohanan sukan ini dianjurkan bertujuan menyediakan jaringan hubungan antara program-program ASASI universiti awam Malaysia serta membudayakan gaya hidup sihat.

  

2017.

  1. OLIMPIAD FIZIK ANTARABANGSA (IPhO) 2017 KE-48 (Klik gambar untuk laporan)

        

  2. (NUMUN) Nottingham University Model United Nations 2017

    Tahniah atas kejayaan Pelajar ASASIpintar dan Kolej PERMATApintar menyertai pertandingan Nottingham University Model United Nations (NUMUN) 2017
    Tarikh: 23-26 Februari 2017
    Tempat: Nottingham University, Semenyih
    Team 1: 8 orang pelajar Program ASASIpintar, UKM mewakili delegate of Brunei
    Team 2: 8 orang pelajar Kolej PERMATApintar Negara, UKM mewakili delegate of Singapore

    Senarai Pencapaian:
    Nottingham University Model United Nations (NUMUN)2017’s achievements
    1) Honourable Mention Award – Liyana Ramle (Economic && Social Council)
    2) Honourable Mention Award – Haresh Kumararajah (European Union)
    3) Verbal Recommendation – Oh Juin Cheun (Human Rights Council)
    4) Global Village – 1st place (ASASIpintar)
    – 3rd place (Kolej PERMATApintar)
    5) Sports Tournament – 2nd place (Elora Azman’s council – Outer Space Affairs)
    – 1st place (Syakir Syahrizan’s council – Disarmament and International Security)

    Link: https://www.facebook.com/NottsMUN/
    https://www.munplanet.com/…/nottingham-university-model-uni…

2.ASASIpintar Movie Premiere 2016/2017

 

Pelajar-pelajar ASASIpintar sesi 2016-17 telah menganjurkan ASASIpintar Movie Premiere 2017 pada 25 Feb 2017 yang lepas. Program ini merupakan satu platform untuk para pelajar berkenaan menunjukkan kepada para pensyarah, dan orang ramai hasil kreativiti mereka dalam bentuk filem pendek dengan tema seperti patriotisme, keadilan sosial dan kasih sayang keluarga. Filem-filem pendek yang dihasilkan adalah sebahagian kerja kursus Language and Literary Appreciation (Bahasa dan Penghayatan Sastera) yang merupakan satu kursus wajib yang perlu diikuti oleh semua pelajar program ini. Majlis telah dirasmikan oleh Prof Dato’ Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah OK Rahmat, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Maklumat lanjut di
https://www.facebook.com/alumnipermatapintar/videos/1216462898468226/

 

2016

 

  1. Laporan Program Mobiliti ke Jepun
  2. PROGRAM PERMATA PRIHATIN 
  3. Laporan Program Sukarelawan Di Zoo Negara 
  4. Laporan Program MAJLIS ANUGERAH