ASASIpintar (Pra-Univ)

ASASIpintar-2

Program ASASIpintar adalah program pra-universiti untuk calon-calon lepasan SPM dan graduan Kolej PERMATApintar Negara yang berminat melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Diluluskan pada 2011 oleh Kementerian Pendidikan Tinggi, dan mula ditawarkan pada bulan Mei 2012, program ini menekankan pembentukan murid secara holistik, yang melibatkan aspek-aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Para pelajar diberi pendedahan kepada kursus-kursus mencabar dalam bidang Biologi, Kimia, Fizik, Matematik, dan Statistik, yang lebih mirip kepada kursus-kursus tahun satu di kebanyakkan universiti.

Di samping itu juga pelajar diberi latihan menjalankan penyelidikan dalam bidang yang diminati. Antara matlamat program ini adalah untuk menyediakan program yang selaras dengan keperluan negara industri menjelang tahun 2020 dan menawarkan program pra-ijazah yang dapat memenuhi hasrat negara bagi memberi pendidikan yang terbaik untuk pelajar pintar berbakat. Hasilnya, lepasan program ASASIpintar boleh melanjutkan pengajian dalam pelbagai program ijazah sarjana muda samada dalam bidang sains atau sains sosial, seperti ditunjukkan dalam Rajah 1 di bawah.

Penerangan Singkatan

Singkatan Nama Fakulti Singkatan Nama Fakulti
FGG Fakulti Pergigian FSSK Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
FPER Fakulti Perubatan FUU Fakulti Undang-undang
FKAB Fakulti Kejuruteraan Alam Bina FEP Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
FST Fakulti Sains dan Teknologi FFAR Fakulti Farmasi
FSK Fakulti Sains Kesihatan FPEND Fakulti Pendidikan
FTSM Fakulti Teknologi Sains Maklumat

TESTIMONI BEKAS PELAJAR ASASIpintar UKM

 

The environment where people are very intellectually alike has made me feel ‘normal’ for once. I can geek around with my friends talking about ideas and scientific theories during lunchtime. I also learnt a lot of life lessons from volunteering work, teamwork and handling events while I was there. In all, spending I year at ASASIpintar is a choice I would never regret.

Justin Aizad
University of Edinburgh
ASASIpintar 2014-15

 

My one year in ASASIpintar was one of the best years in my life. Being among those talented & gifted students taught me what “knowledge” really is and to love & seek for more knowledge. ASASIpintar also taught me to be creative & competitive at the same time.

Safwan Ibrahim
Universiti Kebangsaan Malaysia
ASASIpintar 2014-15

.. the friendly, academic-stimulating and exciting learning atmosphere in ASASIpintar will definitely prepare you well for your university life and challenges ahead!

Teo Miou Jing
University of Edinburgh
ASASIpintar 2014-15

One sentence to describe ASASIpintar. Tough but fun. I really enjoyed the different learning and teaching styles here. Apart from the advanced science courses, courses like ‘Critical Analysis’ and ‘Research Project’ have assisted me a lot particularly in completing my assignments here in NUMed.

Iman Hakimi bin Zamzam
Newcastle Univ Medicine Malaysia
ASASIpintar 2014-15


MAKLUMAT PENTING:

  • Pelajar lepasan ASASIpintar akan meneruskan pengajian di fakulti-fakulti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tertakluk kepada pelajar memenuhi syarat-syarat kemasukan ke fakulti.
  • TIADA SESI TEMUDUGA bagi Pengambilan Pelajar ASASIpintar Sesi 2018-2019.  Semakan tawaran boleh dibuat  melalui pautan URL  www.ukm.my/kemasukan/tawaran.

BROSUR:

PAUTAN BERGUNA:


Sebarang pertanyaan berkenaan program ASASIpintar boleh diajukan kepada:

Ketua Program ASASIpintar
Pusat PERMATApintar® Negara,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
43600 Bangi, Malaysia.

Emel: aspi@ukm.edu.my
No. Telefon: 03-89217513 / 7515 / 7517 / 7518
Faksimili: 03-89217525