FAQs

 FREQUENTLY ASKED QUESTIONS

 


PUSAT PERMATApintar NEGARA (PPpN)

 

Q:        Di mana lokasi PPpN?

A:        PPpN terletak di dalam kampus utama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

 

Q:        Adakah PPpN di bawah pentadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)?

A:        Tidak, PPpN berada di bawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri (JPM).

 


Etika pemakaian sepanjang Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS)

 

Q:        Bolehkah ke kelas memakai seluar pendek?

A:        Tidak boleh, seluar track (sukan) atau slack sahaja yang dibenarkan.

 

Q:        Adakah perlu memakai baju berkolar sepanjang kelas?

A:        Tidak, t-shirt round neck juga dibenarkan.

 

Q:        Bolehkah pelajar perempuan memakai skirt?

A:        Hanya skirt bawah paras lutut yang dibenarkan.

 

Q:        Apakah jenis kasut yang boleh dipakai? Kasut sekolah?

A:        Boleh, asalkan kasut bertutup.

 

Q:        Perlukah pelajar perempuan bertudung?

A:        Terpulang kepada ibubapa untuk membuat pilihan.

 

Q:        Baju t-shirt yang dipakai perlu warna yang tertentu atau bebas?

A:        Bebas dan tidak menonjol pada warna tertentu.

 


KESELAMATAN

 

Q:        Adakah PPpN mempunyai kawalan keselamatan?

A:        Ya, pihak PPpN juga sentiasa berusaha mengawal keselamatan pusat semasa PPCS.

 

Q:        Pihak keselamatan bertugas atau tidak?

A:        PPpN bekerjasama dengan pihak Keselamatan UKM dalam penjadualan tugas pihak keselamatan di pondok keselamatan.

 

Q:        Adakah pelajar  dibenarkan untuk menaiki UBER/ Grab ke mana-mana?

A:        Tidak, setiap pelajar tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan dan TIDAK BOLEH keluar dari PPpN tanpa mendapat kebenaran dari Ketua Unit PPCS atau Dekan Pelajar.

 


KEMUDAHAN ASRAMA

 

Q:        Kemudahan apa yang ada di dalam bilik pelajar?

A:        Setiap bilik mempunyai 3 katil, almari, meja belajar, kerusi, tilam dan bantal.

 

Q:        Ada bilik air di dalam bilik?

A:        Tiada. Bilik air yang digunakan adalah secara berkongsi dan terletak di hujung setiap aras.

 

Q:        Semasa pendaftaran bolehkah ibubapa pergi melawat/melihat bilik pelajar?

A:        Tidak boleh, hanya pelajar dibenarkan ke bilik.

 

Q:        “Saya perlu kemaskan baju anak di bilik sebelum pulang.”

A:        Tidak boleh, pelajar perlu berdikari dan akan diberikan masa untuk mengemas barang masing-masing.

 

Q:        Bantal dan cadar disediakan atau tidak?

A:        Bantal dan cadar tidak disediakan oleh PPpN.

 

Q:        Adakah bilik di PPpN mempunyai penghawa dingin?

A:        Tidak, hanya kipas siling disediakan.

 

Q:        Ada air panas disediakan untuk mandi?

A:        Tiada. Hanya kemudahan air paip biasa.

 

Q:        Ada pantry/ dapur untuk digunakan?

A:        Ada.

 

Q:        Peti sejuk di asrama ada di setiap aras atau blok?

A:        PPpN menyediakan  peti sejuk untuk kemudahan pelajar. Juga, terdapat banyak mesin air layan diri dan water filter disediakan.

 

Q:        Kalau kunci bilik hilang, apakah yang perlu dilakukan?

A:        Pihak asrama akan menggantikan yang baru dan pelajar perlu membayar kos tersebut.

 

Q:        Adakah cadar perlu dibawa?

A:        Ya, pelajar perlu membawa cadar masing-masing.

 


YURAN & PENGECUALIAN YURAN

 

Q:        PPCS ini percuma atau perlu bayar?

A:        PPCS adalah program berbayar. Bayaran tertentu  dikenakan untuk kemudahan semasa PPCS.

 

Q:        Berapakah yuran PPCS?

A:        Yuran PPCS Sesi Disember 2017 berjumlah RM 310.00.

 

Q:        Yuran dibayar untuk apa?

A:        Yuran meliputi makan dan minum, penginapan, kemudahan pembelajaran, dobi dan lain-lain.

 

Q:        Kalau tidak mampu bayar yuran?

A:        Pihak ibubapa perlu membuat surat rayuan permohonan pengecualian yuran bersama salinan penyata pendapatan ibubapa yang disahkan oleh Pengetua/ Guru Besar sekolah pelajar kepada Ketua Unit PPCS.

 

Q:        Bolehkah bayar yuran semasa pendaftaran?

A:        Tidak boleh, semua pembayaran perlu dijelaskan sebelum pendaftaran bermula.

 

Q:        Jika telah bayar yuran, tetapi menarik diri sebelum PPCS bermula, adakah boleh refund?

A:        Refund hanya akan diberikan kepada pelajar yang menarik diri dengan alasan yang munasabah.

 

Q:        Bagaimana cara pembayaran yuran?

A:        Yuran boleh dibayar melalui tiga (3) cara;

  • Transaksi online,
  • Kaunter CIMB yang berdekatan, atau
  • Cash Deposit Machine (CDM).

 

Q:        Transaksi online tidak berjaya, rejected.

A:        Ada kemungkinan tersalah nombor akaun  atau talian perbankan sibuk.

 

Q:        Yuran perlu disertakan dengan borang yang lengkap?

A:        Perlu, kerana pihak kami perlu berurusan dengan Bendahari UKM untuk  tujuan resit dan pengesahan bayaran.

 


CARA PENGHANTARAN BORANG

 

Q:        Perlukah hantar borang secara email?

A:        Perlu, kerana kami perlu membuat semakan awal jika borang tidak lengkap sebelum dipos.

 

Q:        Borang telah diemel dan dibalas oleh urusetia lengkap, perlu pos lagi?

A:        Borang perlu diposkan juga kerana pihak PPCS perlukan bukti pembayaran (hardcopy) untuk rujukan kepada pihak Bendahari UKM.

 


TAWARAN KE SBP/ IMTIYAZ/ MRSM

 

Q:        Semasa PPCS, akan ada ujian untuk ke SBP/ IMTIYAZ/ MRSM. Bolehkah peserta keluar?

A:        Boleh, jika disertakan surat tawaran menduduki ujian tersebut. Pihak PPCS akan menyusun atur pelajar yang akan pulang dan kehadiran akan diambil semasa pelajar mendafatar masuk semula.

 

Q:        Jika ujian yang dijalankan  perlukan kemudahan komputer dan internet, bolehkah PPpN sediakan kemudahan tersebut?

A:        Boleh, jika diberitahu lebih awal bersama surat tawaran.

 


PENGANGKUTAN

 

Q:        Adakah bas disediakan?

A:        Bas disediakan untuk pelajar dari luar kawasan Selangor, Cyberjaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya sahaja bagi ibubapa berpendapatan RM 3000 dan kebawah sahaja.

 

Q:        Dimana bas akan ambil/ turunkan pelajar?

A:        Pihak PPCS akan memberitahu checkpoint tertentu kepada ibubapa sebelum ambil/ turunkan pelajar.

 

Q:        “Saya berpendapatan lebih dari RM 3000, namun tidak boleh menghantar/ mengambil pelajar. Boleh gunakan bas?”

A:        Perkara ini tertakluk kepada kekosongan dan budi bicara Ketua Unit PPCS.