Future Scientists Conference

Dianjurkan oleh Pusat PERMATApintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia, persidangan tahunan ini merupakan satu laluan untuk murid-murid sekolah menengah untuk membentang dan berkongsi pengalaman penyelidikan mereka. Persidangan ini kali pertama dianjurkan pada tahun 2012 di Pusat PERMATApintar Negara, UKM di Bangi, Selangor. Semua pelajar sekolah menengah dijemput mengambil bahagian dalam persidangan ini
Objektif persidangan
Antara objektif persidangan adalah;
  • 1. untuk membudayakan aktiviti  penyelidikan dan inovasi
  • 2. untuk melatih kemahiran membentang kertas kerja  dan pengucapan umum
  • 3. untuk meningkatkan keyakinan diri peserta
  • 4. untuk meningkatkan kemahiran  bahasa Inggeris peserta

Juga berkaitan:

Future Scientists Conference 2013