HEJIM: Industri

HPetronas-03EJIM di PERMATApintar  berhasrat untuk mengembangkan lagi kerjasama dan keterlibatan universiti-industri samada di peringkat kebangsaan, regional mahu pun di peringkat antarabangsa. Dalam konteks ini “industri” ditakrifkan sebagai agensi kerajaan, syarikat swasta, dan Syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta Badan Bukan Kerajaan. Antara aktiviti yang boleh dijalankan termasuklah;

  1. Latihan guru, kakitangan atau murid sekolah
  2. Latihan Perkembangan Murid-Murid
  3. Ceramah Motivasi
  4. Lawatan ke industri
  5. Sangkutan staf PERMATApintar ke industri, dan sebaliknya
  6. Perlantikan kakitangan PERMATApintar  sebagai penceramah/jurulatih/key personnel oleh pihak industri / agensi kerajaan
  7. Perundingan
  8. Penyelidikan
  9. Khidmat professional
  10. Joint Council
  11. Penajaan / Pembiayaan Pendidikan
  12. Corporate Service Responsibility (CSR)

 

Sebahagian dari pihak yang telah terlibat dalam pelbagai program dengan PERMATApintar adalah seperti berikut;

logo th-2  Exxonmobil-2  KhazanahNasional JHULogo-01-KPM-2mawhiba-2 YayasanSarawak-2  Logo-02-kpt-2

 

Memorandum Persefahaman (MoU) / Persetujuan (MoA)

  1. MoA UKM – Costa D Amalfi Sdn Bhd – 30 Mac 2016

MOA-PPpN-CostaMajlis menandatangani Memorandum Persetujuan (Memorandum of Agreement) di antara kedua-dua pihak telah berlangsung pada 30 Mac 2016 di Bilik Mesyuarat 2, Pusat PERMATApintar Negara, UKM. MoA ini adalah untuk membolehkan kedua-dua pihak bekerjasama untuk menjalankan program Perkhemahan STEM khas untuk pelajar-pelajar Nazarbayev Intellectual School di Kazakhstan. Costa D Amalfi Sdn Bhd diwakili oleh En Zafar Biruev, Pengarah Costa D Amalfi Sdn. Bhd. dan Pn Zhanar Kulakhmetova sementara UKM diwakili oleh Prof Dato’ Dr Noriah Mohd Ishak, pengarah Pusat PERMATApintar Negara, Prof Madya Dr. Mohd Arif Ismail, Timbalan Pengarah, dan beberapa orang kakitangan akademik pusat berkenaan.

 

 

 

 

 

Juga berkaitan:

  1. Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat (HEJIM)
  2. HEJIM: Lawatan ke PERMATApintar Sepanjang 2016
  3. HEJIM: Lawatan ke PERMATApintar Sepanjang 2015
  4. Majlis Penyampaian Hadiah Biasiswa Petronas 2013