HEJIM: Lawatan ke PERMATApintar Sepanjang 2016


27 April 2016, Rabu
LawatanTimbalan Menteri Pendidikan Timur Leste

11.30pagi – 1.30ptg

Tuan Yang Terhormat Dr Abel Da Costa Freitas Ximenes, Timbalan Menteri Pendidikan Republik Demokratik Timur Leste telah meluangkan masa untuk melawat dan belajar tentang Pusat PERMATApintar Negara. Rombongan beliau telah turut disertai oleh, Tuan Yang Terhormat Jose Antonio Amorim Dias, duta, Republic Demokratik Timur Leste ke Malaysia, En Bahrulmazi Edrak, Pengerusi  Cluster MyCommunity di Kementerian Pengajian Tinggi,Malaysia, Pn Anushela a/p Muniandy, Timbalan Pengarah, Bahagian Education Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, pegawai-pegawai kerajaan Republic Demokratik Timur Leste, dan kakitangan Fakulti Teknologi Sains Maklumat, (FTSM), UKM.

Lawatan TimurLeste-20160427-WA0013

Lawatan Tuan Yang Terhormat Dr Abel Da Costa Freitas Ximenes ke Pusat PERMATApintar Negara adalah sebahagian program lawatan beliau ke FTSM, UKM, di mana beliau telah dijemput untuk menyampaikan satu syarahan.

Taklimat mengenai program-program  PERMATApintar telah disampaikan oleh Prof Dato’ Dr Noriah Mohd Ishak, Pengaraha Pusat PERMATApintar Negara di Bilik Mesyuarat II, sementara jamuan tengahari dan persembahan pelajar diadakan di foyer Auditorium PERMATApintar.

 


15 April 2016, Jumaat
Lawatan IPG Temenggong Ibrahim

9.00 – 12.00 pagi.

IPG-T-Ibrahimj-smallSeramai 36 guru pelatih  pengkhususan Pengajaran Bahasa Inggeris, Sebagai Bahasa Kedua (TESL). dan tiga orang pensyarah IPG Temenggong Ibrahim,  diketuai oleh Cik GohWah Im. Tujuan lawatan adalah untuk memberi pendedahan kepada guru-guru pelatih tentang pendidikan untuk kanak-kanak pintar dan berbakat (gifted and talented children) yang dijalankan di Pusat PERMATApintar Negara.


 

14 April 2016, Khamis
Lawatan SK SiRusa, Port Dickson

SK SiRusa-02sSeramai 70 orang murid SK SiRusa, Port Dickson bersama 3 orang guru pengiring melawat Pusat PERMATApintar Negara hari ini. Rombongan diketuai oleh Pn  Norlia binti Abdul Aziz. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid sekolah ini tentang program-program PERMATApintar. Murid-murid juga berpeluang berinteraksi dengan pelajar-pelajar Kolej PERMATApintar Negara.


1 April 2016, Jumaat
Lawatan SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah, Perak

Seramai 36 pelajar tingkatan 5 dan 6 serta 4 orang guru pengiring dari SMK Sultan Yussuf , Batu Gajah, Perak melaaat Pusat PERMATApintar hari ini. Lawatan bermul jam 9.00pagi dan berakhir pada jam 12.15 tengahari. Rombongan diketuai oleh Cik Nur Anidaisma binti Ahmad Yusuf dan En Ahmad Piruz bin Kamaruddin. Tujuan lawaan adalah untuk mendapatkan maklumat tentang program PERMATApintar dan  peluang melanjutkan pelajaran ke UKM.


 

28 Mac 2016, Rabu
Lawatan Pegawai-Pegawai Pendidikan Daerah Kluang

PPD-KluangSeramai 16 orang pegawai-pegawai pendidikan yang mewakili Jawatankuasa SIP+ dan SISC+ dari Pejabat Pendidikan Daerah Kluang diketuai oleh En. Ahmad Suhardi telah melawat Pusat PERMATApintar hari ini. Tujuan lawatan adalah untuk mempelajari pelbagai perkara yang boleh diterapkan dalam pengajaran di sekolah-sekolah di daerah Kluang.

PPD Kluang DSC_4982-small2

 

 

 

 

 


 

17 Mac 2016, Rabu
Lawatan Pegawai-Pegawai Kerajaan Sri Lanka

SriLankansSeramai 30 orang pegawai-pegawai kerajaan Sri Lanka yang sedang mengikuti kursus Diploma Program SLIDA telah melawat Pusat PERMATApintar Negara hari ini sebagai sebahagian kerja kursus program berkenaan. Penganjur lawatan ialah UKM-GSB. Delegasi pegawai-pegawai kerajaan Sri Lanka ke PERMATApintar telah turut disertai oleh Dr Samruhaizad Samian @ Samion dan Cik Moliawati Dahalan dari UKM-GSB.


 

10 Mac 2016, Khamis
Lawatan dari UiTM Seri Iskandar, Perak.

uitm-02

En Izad Bin Anuar, pensyarah UiTM Seri Iskandar menyampaikan cenderahati kepada Pengarah Pusat PERMATApintar Negara.

uitm-01bSeramai 27 orang pelajar kursus Ijazah Sarjana Muda Sains (Senibina) Dengan Kepujian dari Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur, UiTM Seri Iskandar, Perak bersama dua pensyarah melawat kompleks PERMATApintar untuk mengetahui lebih lanjut tentang program-program yang dijalankan, dan belajar tentang keunikan persekitaran pembelajaran dan seni bina bangunan-bangunan di kompleks PERMATApintar. Lawatan bermula jam 3.00 petang dan berakhir jam 5.30 petang. Taklimat telah disampaikan oleh En Salleh Huddin Abdul Rashid.

 


11 Feb 2016, Khamis
Lawatan dari Universiti Fukui, Jepun

Lawatan dari Universiti Fukui, Jepun telah berlangsung pada jam 10.00 pagi. Tujuan utama lawatan adalah untuk mengadakan perbincangan awal tentang  peluang-peluang kerjasama antara pihak Universiti Fukui dan pihak PERMATApintar UKM. Universiti Fukui diwakili oleh Prof Koji Kobata, sementara Pusat PERMATApintar Negara diwakili oleh Prof Dato’ Dr Noriah Mohd Ishak, Prof Madya Dr Mohd Arif Bin Ismail dan En Salleh Huddin Bin Abdul Rashid.


8 Jan 2016, Jumaat
Lawatan dari Tochigi High School,  Jepun

ketrampilan

Ketrampilan berbahasa Jepun teruji dalam sesi seperti ini

Lawatan dari Tochigi High School ke PERMATApintar telah berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga ke 5.00 petang. Rombongan lawatan terdiri dari 10 orang pelajar dan beberapa orang guru dari Tochigi High School.  Pelbagai aktiviti interaksi antara pelajar kedua buah institusi pendidikan telah diadakan. Salah satu aktiviti menarik ialah pembentangan dapatan penyelidikan yang dijalankan oleh pelajar-pelajar kedua-dua buah institusi pendidikan ini. Tokigi-01Wakil pelajar Kolej PERMATApintar UKM yang merupakan pelajar kelas bahasa Jepun telah diberi peranan penting sebagai hos kepada pelawat-pelawat berkenaan. Di akhir lawatan para pelajar dari Tochigi Senior High School telah mengadakan demonstrasi seni mempertahankan diri Jepun dan beberapa pertunjukkan lain yang sungguh menarik.


8 & 9 Jan 2016 – Jumaat / Sabtu
Lawatan Pelajar ASASI UUM

Program lawatan  dari pihak ASASI Pengurusan UUM, Sintok, Kedah telah berlangsung dari 8 hingga 9 Januari 2016 (Jumaat dan Sabtu). Program yang dianjurkan oleh Pusat Asasi Pengurusan UUM dan Persatuan Pelajar Asasi Pengurusan UUM ini telah disertai oleh seramai 70 orang pelajar, 4 orang pegawai dan Timbalan Pengarah ASASI UUM. bdulang-01Objektif program ini adalah untuk membina jaringan dan kerjasama antara pelajar, dan sebagai platform untuk pelajar merancang, mengurus, menyelaras dan mengendalikan aktiviti di dalam dan luar kampus.  Pelbagai aktiviti telah disediakan, antara yang menarik perhatian ialah aktiviti makan berdulang dan pertandingan catur antara pelajar kedua-dua program Asasi Pengurusan UUM dan ASASIpintar UKM. Penginapan untuk pelajar Asasi UUM telah disediakan oleh Kolej Penginapan Keris Mas, UKM.

 

Disediakan oleh
Ketua, Hal Ehwal Jaringan Industri & Komuniti
Pusat PERMATApintar Negara

 

Juga Berkaitan:

  1. Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat (HEJIM)
  2. HEJIM: Masyarakat
  3. HEJIM: Lawatan ke PERMATApintar Sepanjang 2018
  4. HEJIM: Lawatan ke PERMATApintar Sepanjang 2017
  5. HEJIM: Lawatan ke PERMATApintar Sepanjang 2015