HEJIM: Lawatan ke PERMATApintar Sepanjang 2017

6 Januari 2017
Lawatan Yayasan Sarawak. 

Lawatan Yayasan Sarawak berlangsung antara jam 9.00 hingga 12.00 tengahari. Rombongan Yayasan Sarawak diketuai oleh Tn Haji Azmi Bin Haji Bujang, Pengarah Yayasan Sarawak. Rombongan ini juga sempat bertemu pelajar-pelajar Sarawak yang menerima tajaan Yayasan ini.


9 Januari 2017
Lawatan Pelajar-pelajar Tochigi High School, Jepun. 

Lawatan berlangsung dari 9.00pagi – 5.00ptg. Ini adalah program tahunan Tochigi High School. Kumpulan pelajar ini juga turut diiringi oleh 3 orang guru pengiring.


15 Februari 2017
Hari Kerjaya PERMATApintar.

Sekolah-sekolah sekitar Daerah Hulu Langat telah hadir. Antara pihak pempamer termasuklah SIME Darby, dan Petronas.


10 Mac 2017
Program CEO@Faculty.

Pn Nora Abd Manaf, Group Chief Human Capital Officer Maybank Bhd, melawat PERMATApintar dan menyampaikan ucapan sempena Program CEO@Faculty.


23 Mac 2017
Lawatan dari Libaran, Sabah

Pada hari ini, pusat ini menerima dua lawatan. Pada sebelah pagi pusat ini menerima lawatan pelajar-pelajar terpilih dari Daerah Libaran. Lawatan ini adalah anjuran Pemuda UMNO Libaran Sabah; sebahagian program lawatan ke Putrajaya dan Kuala Lumpur.


Lawatan Datuk Bandar Sejong City, Korea Selatan

Pada sebelah petangnya pula, pusat ini menerima  lawatan Datuk Bandar Sejong City, Korea Selatan. Perbincangan berlangsung dari jam 3.00  hingga 5.00 petang. Menurut beliau, di Sejong City terdapat sebuah sekolah seperti Kolej PERMATApintar Negara UKM, dan sekolah ini dikenali dengan nama Sejong Academy of Science and Arts for Talented Students. Perbincangan berkisar mengenai kerjasama duahala. Datuk bandar Sejong City berbesar hati untk membantu bagi membolehkan pertukaran pelajar antara Kolej PERMATApintar Negara UKM dengan sekolah-sekolah terpilih di Sejong City atau sebarang kerjasama antara instusi pendidikan di kedua-dua negara dapat dilaksanakan.


30 Mac 2017
Lawatan UMNO Bahagian Serdang

Hari ini pusat ini menerima lawatan beberapa orang wakil UMNO Bahagian Serdang diketuai oleh Datuk Dr Mohd Fathil Bin Daud.

4 April 2017
Lawatan SMK Rompin, Pahang

Rombongan SMK Rompin terdiri dari 40 orang pelajar-pelajar yang terpilih (MENSA). Beberapa aktiviti berkaitan STEM telah dijalankan oleh pelajar-pelajar ASASIpintar di Bilik Gerakan Pelajar.

 


8 hingga 13 April 2017.
Lawatan dari Kalimantan Selatan

Lawatan dari pelajar-pelajar SMP Global Islamic Boarding School (GIBS), Kalimantan Selatan. Ini sebahagian dari lawatan sambil belajar pelajar-pelajar berkenaan ke kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Pusat Siswazah UKM. Rombongan ini terdiri dari 18 orang pelajar disertai dua  orang guru pengiring. Pelajar-pelajar telah dibawa melawat beberapa fakulti di UKM.

Semasa pelajar-pelajar ini berada di PERMATApintar, mereka telah berpeluang mengikuti beberapa bengkel berkaitan bidang-bidang STEM dan dapat merasai suasana pembelajaran di pusat ini. Di samping itu beberapa aktiviti yang diadakan membolehkan pelajar-pelajar ini berinteraksi dan berkenalan dengan pelajar-pelajar Kolej PERMATApintar Negara UKM yang jauh lebih muda. Majlis penutup diadakan pada jam 2.45 petang, 13 April 2017 di mana pelajar-pelajar ini telah menunjukkan bakat terpendam mereka.

 


14 April 2017.
Lawatan Putera Naruhito, Putera Mahkota Jepun.

Putera Naruhito (皇太子徳仁親王 Kōtaishi Naruhito Shinnō),  Putera Mahlota Jepun telah berkenan melawat Pusat PERMATApintar Negara sebagai sebahagian dari rangka lawatannya ke Malaysia pada bulan April 2017. Lawatan berkenaan berlangsung antara jam 11.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Beliau telah diberi taklimat mengenai Program PERMATApintar. Selepas taklimat dan sesi soal-jawb beliau berkenan  melawat ruang pameran dan beramah mesta bersaa pelajar-pelajar Kolej PERMATApintar Negara UKM di Auditorium pusat ini.

Turut hadir termasuklah pegawai-pegawai kanan UKM, pegawai-pegawai dari kedutaan Jepun dan pegawai-pegawai dari Jabatan Perdana Menteri serta Wisma Putra.

Sementara itu lawatan dari Pejabat Pendidikan Batu Pahat berlangsung pada sebelah petang. Rombongan pelawat terdiri dari tiga belas orang pegawai SISC+ dari pejabat berkenaan. Taklimat telah disampaikan oleh Prof Madya Dr Rorlinda Yusof dan En Salleh Huddin Bin Abdul Rashid.


5 Mei 2017 
Lawatan Pelajar IPG Temenggong Ibrahim 

Lawatan pelajar-pelajar dan beberapa orang pensyarah IPG Temenggong Ibrahim, Johor telah berlangsung antara jam 3.00 hingga 5.30 petang. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada bakal-bakal guru tentang pelajar-pelajar gifted and talented, dan peranan pusat ini untuk memenuhi keperluan pendidikan pelajar-pelajar ini.

Taklimat mengenai program-program  PERMATApintar telah disampaikan oleh Ketua Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat Pusat PERMATApintar Negara.


9 Mei 2017
Lawatan SK Seberang Marang, Terengganu.

 


15 Jun 2017
Lawatan Kementerian Agama Universitas Islam Negeri Raden Intan Lampung

Pada hari ini satu delegasi dari Universitas Islam Negeri Raden Intan Lampung, Indoensia telah melawat pusat ini. Delegasi dianggotai oleh dua puluh satu orang pegawai-pegawai kanan universiti berkenaan, diketuai oleh  Prof Dr H. Moh. Mukri M. Ag., Rektor universiti berkenaan. Selain melawat pusat ini, delegasi berkenaan juga melawat Canselori, Dewan-dewan kuliah dan Pusat Tenkologi Maklumat UKM. Lawatan adalah bertujuan untuk mencari idea-idea baru  yang boleh digunapakai dalam meningkatkan kualiti prasarana, pendidikan dan perkhidmatan universiti berkenaan. Delegasi ini telah memilih untuk melawat pusat ini kerana bidang gifted education adalah amat menarik perhatian mereka kerana bidang ini masih baru dirantau ini.

16 Jun 2017
Lawatan Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Kerajaan Sarawak.

Hari ini pusat menerima lawatan dari Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Kerajaan Sarawak. Delegasi ini diketua oleh Dr Saadiah binti Hj Abdul Samat, Setiausaha Tetap kementerian berkenaan.

Beliau telah diiringi beberapa orang pegawai dari kementerian berkenaan.

Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang program PERMATApintar dan bagaimana pusat ini berfungsi untuk mengenalpasti kanak-kanak gifted seluruh Malaysia.

Delegasi merasa amat kagum dengan program ini setelah mengetahui terdapat ramai anak-anak Sarawak yang belajar di Kolej PERMATApintar Negara UKM.


25 Julai 2017
YB Datuk P Kalamanathan Melawat IFSC

Hari ini Timbalan Menteri Pendidikan 2, YBhg Datuk P. Kamalanathan melawat dan merasmikan Persidangan Antarabangsa Saintis Masa Depan (International Future Scientists Conference – IFSC) 2017. Beliau sempat beramah-mesra dengan peserta-peserta persidangan berkenaan.


4 November 2017
Lawatan ahli akademik Jepun

Hari ini beberapa orang ahli akademik Jepun telah melawat puat ini. Mereka terdiri dari seorang wakil dari Shibaura Institute of Technology, seorang wakil Malaysia-Japan International Institute of Technology, serta 18 pelajar PhD, Sarjana dan beberapa orang pelajar Sarjana Muda dari Shibaura Institute of Technology. Rombongan ini juga turut disertai oleh lima orang Pensyarah Kanan dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia (UPM).


7 Disember 2017.
JPA Melawat PERMATApintar

Lawatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah berlangsung antara jam 9.30 pagi hingga 1.00 tengahari. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkenaan program PERMATApintar dan kaedah penilaian yang dijalankan.

 

Disediakan oleh
Ketua, Hal Ehwal Jaringan Industri & Komuniti
Pusat PERMATApintar Negara

 

Juga Berkaitan:

  1. Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat (HEJIM)
  2. HEJIM: Masyarakat
  3. HEJIM: Lawatan ke PERMATApintar Sepanjang 2018
  4. HEJIM: Lawatan ke PERMATApintar Sepanjang 2016
  5. HEJIM: Lawatan ke PERMATApintar Sepanjang 2015