HEJIM: Masyarakat

HEJIM PERMATApintar mengalu-alukan kerjasama strategik dengan wakil-wakil masyarakat untuk membolehkan PERMATApintar menyumbang kepada masyarakat samada dalam bentuk pemindahan teknologi atau usaha untuk memperbaiki taraf hidup sesuatu kumpulan masyarakat. Ini bertujuan untuk membolehkan pembangunan yang mapan dan usahasama dengan komuniti berkenaan. Kerjasama pintar dengan pemegang taruh, samada dalam komuniti atau pemegang taruh lain,  merupakan sebuah platform penghubung untuk membolehkan usaha memperbaiki kesejahteraan sesebuah kumpulan masyarakat berjalan lancar.

Antara aktiviti PERMATApintar yang melibatkan masyarakat termasuklah

  • teamspiritPeluang Penyelidikan Saintis-saintis Muda “Genome to Space “
  • Program Pertukaran Pelajar
  • Program Amal dan Kesukarelawanan
  • Program Bantuan Bencana
  • Latihan Pendidikan / Latihan Guru
  • International Future Scientists Conference
  • Lawatan Sambil Belajar
  • Perkongsian Pengalaman

Juga berkaitan:

  1. Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat (HEJIM)
  2. HEJIM: Lawatan ke PERMATApintar Sepanjang 2016
  3. HEJIM: Lawatan ke PERMATApintar Sepanjang 2015