ASASIpintar

Print
Last Updated on Friday, 05 April 2013 Written by Super User

 

Program ASASIpintar adalah program pra-universiti untuk calon-calon yang berminat melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan, khasnya Universiti Kebangsaan Malaysia. Diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada 2011, dan akan mula ditawarkan pada Mei 2012, program ini menekankan kepada perkembangan pelajar secara holistik melibatkan aspek jasmani, emosi, rohani,  intelek dan sosial pelajar. Pelajar akan didedahkan kepada kursus lanjutan dalam bidang Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Statistik yang diiktiraf oleh American College Board. Di samping itu juga pelajar diberi latihan menjalankan penyelidikan dalam bidang yang diminati.  Antara matlamat program ini adalah untuk menyediakan program yang selaras dengan keperluan negara industri menjelang tahun 2020 dan menawarkan program pra-ijazah yang dapat memenuhi hasrat negara bagi memberi pendidikan yang terbaik untuk pelajar pintar berbakat. 

Brosur mengenai program ini boleh di download di sini (PDF,1.14Mb)

 

 

DISCLAIMER  | COPYRIGHT | PRIVACY POLICY | SECURITY POLICY

Best viewed using Mozilla Firefox, Internet Explorer with 1024x768 resolution
Pusat PERMATApintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM, Bangi Selangor, MALAYSIA. 
Tel: 603 8921 7503/7512 l Fax: 603 8921 7525 l E-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 
Designed and maintained by Pusat PERMATApintar Negara 

Copyright © Universiti Kebangsaan Malaysia


Friday the 18th. Anak Pintar PERMATA Negara
Copyright 2012

©