Soalan-Soalan Lazim

Print
Last Updated on Wednesday, 22 May 2013 Written by Super User

 

1. Apakah syarat-syarat untuk belajar di Tingkatan 4 di PERMATApintar?

Seseorang pelajar yang ingin belajar di Pusat PERMATApintar perlu lulus Ujian UKM1, UKM2 dan  menyertai  dan lulus dengan jayanya ujian UKM3 semasa Program Perkhemahan Cuti Sekolah. 

 

2. Anak saya tidak sempat mengambil Ujian UKM1 pada bulan April lepas. Bolehkah dia mengambil ujian itu tahun depan?

Ya, boleh. Ujian ini dilaksanakan mulai 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun di http://ukm1.permatapintar.edu.my . Maklumat lanjut di http://www.ukm.my/permatapintar/index.php/ujian-ukm1 

 

3. Adakah  seseorang pelajar perlu mencapai had umur tertentu untuk mengambil ujian UKM1?

Ujian UKM1 adalah terbuka kepada mana-mana murid sekolah yang mempunyai kerakyatan Malaysia dan berumur antara 8  hingga 15 tahun adalah layak untuk mengambil ujian UKM1. Maklumat lanjut : http://www.ukm.my/permatapintar/index.php/program/pencarian-pengurusan-bakat

 

4. Adakah PERMATApintar menerima lawatan dari pelajar-pelajar sekolah?

PERMATApintar sedia menerima lawatan dari pelbagai pihak, termasuk sekolah. Walaubagaimana pun untuk mengelakkan gangguan kepada sesi pembelajaran dan aktiviti-aktiviti di PERMATApintar pihak kami mohon diberi notis secukupnya. Sekiranya terdapat terlalu banyak lawatan pada satu-satu masa, pihak kami mungkin terpaksa menangguhkan lawatan pihak tertentu ke satu tarikh yang lain.  Surat permohonan boleh dihantar kepada

Pengarah,
Pusat PERMATApintar Negara,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi,
Selangor.

 

5.  Bilakah Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS) PERMATApintar UKM-JHU dijalankan untuk tahun 2013?


PPCS Mei-Jun 2013: 26 Mei -  7 Jun 2013 (2 Minggu)

PPCS Nov-Dis 2013: 24 Nov -  13 Dis 2013 (3 Minggu)

Tempat: Pusat PERMATApintar Negara

 

6.  Bilakah tarikh ujian UKM2 diumumkan dan tarikh ujian bermula?

Pengumuman: Minggu tarikh bulan Jun 2013 (boleh semak di laman web ini). Surat juga akan dihantar kepada Jabatan Pelajaran Negeri untuk dimaklumkan kepada sekolah.  Sila kemaskini maklumat  jika berlaku sebarang perubahan di http://ukm1.permatapintar.edu.my/

Ujian dijalankan: 1 Julai - 30 Sept 2013 (di pusat-pusat ujian secara terkawal seluruh negara)

 

7.   Bilakah tarikh pengumuman sama ada berjaya atau tidak untuk menyertai PPCS 2013 akan diumumkan?

Pada minggu kedua bulan Oktober 2013.  Diumumkan melalui laman web dan surat tawaran akan diposkan ke alamat yang pelajar telah daftarkan semasa ujian UKM1. Sila kemaskini maklumat dari masa ke semasa http://ukm1.permatapintar.edu.my/ 

 

 

DISCLAIMER  | COPYRIGHT | PRIVACY POLICY | SECURITY POLICY

Best viewed using Mozilla Firefox, Internet Explorer with 1024x768 resolution
Pusat PERMATApintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM, Bangi Selangor, MALAYSIA. 
Tel: 603 8921 7503/7512 l Fax: 603 8921 7525 l E-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 
Designed and maintained by Pusat PERMATApintar Negara 

Copyright © Universiti Kebangsaan Malaysia


Thursday the 24th. Anak Pintar PERMATA Negara
Copyright 2012

©