Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM

 Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan

KEJAYAAN ASASIpintar

  • (NUMUN) Nottingham University Model United Nations 2017

    Tahniah atas kejayaan Pelajar ASASIpintar dan Kolej PERMATApintar menyertai pertandingan Nottingham University Model United Nations (NUMUN) 2017

    Tarikh: 23-26 Februari 2017
    Tempat: Nottingham University, Semenyih
    Team 1: 8 orang pelajar Program ASASIpintar, UKM mewakili delegate of Brunei
    Team 2: 8 orang pelajar Kolej PERMATApintar Negara, UKM mewakili delegate of Singapore

    Senarai Pencapaian:
    Nottingham University Model United Nations (NUMUN)2017’s achievements
    1) Honourable Mention Award – Liyana Ramle (Economic && Social Council)
    2) Honourable Mention Award – Haresh Kumararajah (European Union)
    3) Verbal Recommendation – Oh Juin Cheun (Human Rights Council)
    4) Global Village – 1st place (ASASIpintar)
    – 3rd place (Kolej PERMATApintar)
    5) Sports Tournament – 2nd place (Elora Azman’s council – Outer Space Affairs)
    – 1st place (Syakir Syahrizan’s council – Disarmament and International Security)

    Link: https://www.facebook.com/NottsMUN/
    https://www.munplanet.com/…/nottingham-university-model-uni…

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  • OLIMPIAD FIZIK ANTARABANGSA (IPhO) 2017 KE-48
  • MASA/TARIKH            : 16-24 Julai 2017
  • TEMPAT                      : Yogyakarta, Indonesia
  • PELAJAR TERLIBAT: 
Bil. Nama
1. Muhammad Firdaus Muhammad Al-Faraby (ASASIpintar)

 

 

Olimpiad Fizik Antarabangsa (IPhO) 2017 ke-48,

Yogyakarta, Indonesia (16-24 Julai 2017)

Pada 16-24 Julai 2017 baru-baru ini, pasukan Malaysia telah bertanding di dalam Olimpiad Fizik Antarabangsa (IPhO) 2017 bertempat di Yogyakarta, Indonesia. Olimpiad Fizik Antarabangsa (IPhO) adalah pertandingan fizik tahunan peringkat global bagi pelajar-pelajar sekolah menengah. Ianya merupakan pertandingan fizik antarabangsa paling berprestij yang disertai oleh pelajar-pelajar fizik terbaik daripada seluruh pelusuk dunia.  IPhO 2017 kali ini telah disertai oleh 86 negara dengan sejumlah 395 pelajar.

Pasukan Malaysia diwakili oleh lima (5) pelajar dengan dua (2) guru pengiring atau Ketua Pasukan. Muhammad Firdaus Muhammad Al-Faraby, pelajar ASASIpintar (sesi 2016/17), Pusat PERMATApintarTM Negara merupakan salah seorang daripada lima (5) pelajar yang telah terpilih untuk mewakili Malaysia setelah berjaya menduduki lima tempat teratas di kalangan pelajar-pelajar fizik terbaik seluruh negara dalam ujian pemilihan yang mencabar. Ujian pemilihan tersebut dijalankan semasa Bengkel Olimpiad Fizik Malaysia yang dianjurkan Pusat Pengajian Fizik Gunaan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia selaku sekretariat IPhO negara.

Dalam pertandingan Olimpiad Fizik Antarabangsa (IPhO) 2017 tersebut, pasukan negara telah memperoleh 1 pingat gangsa dan 2 Sebutan Kehormat. Tahniah kepada pelajar Pusat PERMATApintar Negara Muhammad Firdaus Muhammad Al-Faraby kerana beliau telah menyumbang pengiktirafan Sebutan Kehormat kepada pasukan Malaysia. Ini adalah tahun kedua pelajar Pusat PERMATApintarTM Negara dipilih mewakili negara dalam pertandingan IPhO. Manakala ianya merupakan kejayaan pertama Pusat PERMATApintarTM Negara dalam pertandingan IPhO.

Tahniah sekali lagi kepada Muhammad Firdaus Muhammad Al-Faraby! Semoga penyertaan pelajar Pusat PERMATApintarTM Negara khususnya, dan pasukan Malaysia amnya akan memperoleh kejayaan yang lebih cemerlang di masa akan datang.

 

Laporan disediakan oleh,

Dr. Nor Azah Nik Jaafar

(Dr. Nor Azah Nik Jaafar)

Pensyarah Fizik ASASIpintar,

Pusat PERMATApintarTM Negara, UKM

Tarikh:    23 Ogos 2017