LAWATAN KE BRAIN AWARENESS DAY 2015

Pada 9 Disember 2015, atas jemputan Fakulti Farmasi UKM, 35 orang pelajar ASASIpintar Sesi 2015/2016, dan 2 orang guru pengiring telah menghadiri “Brain Awareness Day 2015”, anjuran Fakulti Farmasi UKM. Lawatan sambil belajar itu telah berlangsung dari pukul 9 sehingga 11.30 pagi. Majlis bermula dengan kata-kata aluan penganjur, dan diikuti dengan ceramah berkaitan  penyalahgunaan dadah dan kesan sampingannya. Melalui ceramah tersebut, pelajar dapat mengenali pelbagai jenis dadah yang mempunyai kesan sampingan yang berbeza.

Selepas itu, pelajar dijemput  untuk mengunjungi “booths” yang didirikan oleh pelajar tahun 3 Fakulti Farmasi UKM. Kesan penyalahgunaan dadah kepada otak manusia telah dijelaskan secara terperinci kepada pelajar ASASIpintar. Sehubungan dengan itu, pelajar ASASIpintar juga mengambil bahagian dalam permainan yang menguji kefahaman, selepas fakta-fakta berkenaan disampaikan dengan jelas. Hadiah  juga telah disediakan bagi menggalakkan penglibatan pelajar dalam permainan-permainan ilmiah tersebut.

Majils ini ditamatkan dengan taklimat tentang hala tuju sebagai seorang ahli farmasi, dan isi kandungan pembelajaran sebagai seorang pelajar kursus farmasi. Sesi soal jawab juga berlangsung untuk menjelaskan pertanyaan pelajar ASASIpintar  tentang Fakulti Farmasi UKM. Secara keseluruhan, pelajar ASASIpintar telah mendapat manfaat dengan mengikuti program sebegini. Program-program seperti ini yang memanfaatkan pelajar ASASIpintar haruslah diperbanyakkan.

d

Pembentangan kumpulan oleh pelajar Fakulti Farmasi

listen to explaination

Pelajar mendengar penerangan dengan teliti

students happy

Gambar memaparkan pelajar gembira dengan lawatan ini.

 

Disediakan oleh,

Chieng Wei Keong.