Maklumat dan Dokumen Pendaftaran Pelajar Baharu (Asas 1) sesi 2020 Kolej GENIUS@Pintar Negara Kampus Institut Perguruan Raja Melewar (IPGRM) Negeri Sembilan

Makluman kepada ibu bapa dan Penjaga Pelajar Asas 1 (2020) Kolej GENIUS@Pintar Negara UKM 2020.
Maklumat Pendaftaran pelajar Asas 1 (2020) adalah seperti berikut:
Program Pengajian :    Asas 1
Tarikh Pendaftaran :   15 Januari 2020 (Rabu)
Masa Pendaftaran :     9.00 – 11.30 Pagi
Tempat Pendaftaran : Balai Kerapatan, Institut Perguruan Raja Melewar, Jalan Sikamat, Seremban, Negeri   Sembilan.

Ibu bapa dan Penjaga sila akses link di bawah untuk memuat naik dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran:

Ibu bapa dan Penjaga perlu memuat turun Polisi dan Peraturan Kolej GENIUS@Pintar Negara, UKM serta dokumen lain dan memahami isi kandungan sebelum menyatakan persetujuan/penolakan tawaran program ini melalui laman sesawang www.ukm.my/geniuspintar sebelum 3 Januari 2020.

Ibu bapa dan Penjaga, sila pastikan borang Lampiran A – Borang Penerimaan ATAU Penolakan dihantar semula ke Bahagian Kolej melalui email kppukm@ukm.edu.my sebelum atau pada 3 Januari 2020 (Jumaat).
Pelajar yang terpilih dikehendaki membaca dengan teliti arahan yang diberikan dan seterusnya melengkapkan lampiran-lampiran berkenaan untuk diserahkan semasa hari pendaftaran.
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Penyelaras Hal Ehwal Akademik, Dr. Md. Jais Bin Ismail, 013-6006204, md_jais@ukm.edu.my atau Penyelaras Hal Ehwal Pelajar, Cik Wan Rezawana Wan Daud, 012-3042003, wan.rezawana@ukm.edu.my.
Kerjasama dan keperihatinan ibu bapa dan penjaga amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.