Kajian kolabratif Muhammad Amir Rafiq Muhammad Rafee bersama YBhg. Prof. Ir. Dr. Ahmad Kamal Ariffin Mohd Ihsan di Jerman mengenai bidang Sains Komputer Teoritikal.

Sekitar 9 September 2019 yang lepas, pelajar Tahap 1 Kolej GENIUS@Pintar UKM iaitu Muhammad Amir Rafiq bin Muhammad Rafee  telah menjalankan penyelidikan berkolaboratif bersama YBhg. Prof. Ir. Dr. Ahmad Kamal Ariffin Mohd Ihsan, Professor Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan merangkap Pengarah Pusat PENGAJARAN-UKM di Universiti Leibniz di Hannover, Jerman. Kajian Amir Rafiq ialah kajian mengenai bidang Sains Komputer Teoritikal. Pusat GENIUS@Pintar Negara sangat berbangga dengan pencapaian pelajar ini dan semoga pelajar-pelajar lain di Kolej GENIUS@Pintar UKM turut sama dalam menunjukkan minat dalam bidang STEM yang lainnya.

Sumber dan Gambar: FB Universiti Kebangsaan Malaysia