Malaysian Brain Bee Challenge di Pusat PERMATApintar

Pusat PERMATApintar telah terpilih di dalam Projek BrainBee@USM sebagai pusat ujian saringan MALAYSIAN BRAIN BEE CHALLENGE (MBBC) 2017, Zon G. Ujian ini akan diadakan pada 28/3/2017, bertempat di Auditorium Pusat PERMATApintar Negara, UKM. Program ini adalah anjuran USM dengan kerjasama Unit Perkhemahan Cuti Sekolah-Pengayaan, Pusat PERMATApintar Negara. Juara MBBC 2017 akan mewakili Malaysia ke pertandingan International Brain Bee 2017 di Washington DC, Amerika Syarikat pada Ogos 2017.