Pendaftaran Pelajar Baharu Kampus Raja Melewar Kolej GENIUS@Pintar UKM

Pada 15 Januari 2020 yang lepas, telah berlangsung Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Kolej GENIUS@Pintar Kampus Raja Melewar, Seremban. Pendaftaran ini melibatkan seramai 94 orang pelajar baharu yang mendaftar di Kolej GENIUS@Pintar UKM. Aktiviti yang turut berlangsung pada hari kejadian ialah Taklimat kepada Ibu Bapa dan Majlis Perasmian Minggu Jalinan Mesra Pelajar Baharu 2020 yang dirasmikan oleh Setiausaha Bahagian GENIUS, Yang Berbahagia Dr. Noraisah binti Spahat.  Pelajar-pelajar baharu ini akan menyambung minggu orientasi selama seminggu sebelum memulakan kelas pembelajaran. Tahniah diucapkan kepada pelajar yang terpilih.

 

Berikut dipaparkan gambar sekitar Hari Pendaftaran dan Majlis Perasmian Minggu Jalinan Mesra Pelajar Baharu