Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM

 Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan

Pandu-arah ke Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM

exit2ukm

Koordinat GPS:

N02* 55’02.3″; E101* 47′ 17.4″ atau  N02.917306; E101.788167

PENGGUNA WAZE

https://waze.to/lr/hw282s5pcx

DARI KUALA LUMPUR DAN UTARA 

Gunakan lebuhraya PLUS [E2] arah selatan. Kemudian keluar di exit 212 ke UKM Bangi. Di bulatan (round about) selepas plaza tol Bangi, ambil exit ke dua ke arah satu lagi bulatan. Ambil exit ke tiga ke arah UKM. Di simpang empat (lampu trafik, pintu masuk utama ke UKM), belok ke kiri, arah ke Kajang.

Teruskan perjalanan kira-kira 900 meter, dan ambil simpang pertama di sebelah kanan. Teruskan memandu kira-kira 700 meter, dan ambil simpang kedua di sebelah kiri ke arah Kolej Keris Mas. Teruskan memandu melepasi Kolej Keris Mas di sebelah kanan jalan. Dari sini ikut tanda arah (sign board)  yang disediakan hingga ke PERMATApintar.

 

DARI SEREMBAN DAN SELATAN

Gunakan lebuhraya PLUS [E2] arah utara. Kemudian ambil exit 212 ke UKM Bangi.

Di bulatan (round about) selepas plaza tol Bangi, ambil exit ke dua ke arah satu lagi bulatan. Ambil exit ke tiga ke arah UKM. Di simpang empat (lampu trafik, pintu masuk utama ke UKM), belok ke kiri, arah ke Kajang.

Teruskan perjalanan kira-kira 900 meter, dan ambil simpang pertama di sebelah kanan.

Teruskan memandu kira-kira 700 meter, dan ambil simpang kedua di sebelah kiri ke arah Kolej Keris Mas.

Teruskan memandu melepasi Kolej Keris Mas di sebelah kanan jalan. Dari sini ikut tanda arah (sign board)  yang disediakan hingga ke PERMATApintar.

DARI KLIA / SHAH ALAM MELALUI LEBUHRAYA ELITE [E6]

Dengan kereta

Untuk mereka yang memandu dari KLIA dan dari arah Shah Alam melalui lebuhraya Elite [E6], ikut tanda arah ke Kuala Lumpur.

Teruskan memandu kira-kira 10 kilometer, dan kemudian ambil exit 212 ke UKM Bangi.

Di bulatan (round about) selepas plaza tol Bangi, ambil exit ke dua ke arah satu lagi bulatan. Ambil exit ke tiga ke arah UKM. Di simpang empat (lampu trafik, pintu masuk utama ke UKM), belok ke kiri, arah ke Kajang.

Teruskan perjalanan kira-kira 900 meter, dan ambil simpang pertama di sebelah kanan.

Teruskan memandu kira-kira 700 meter, dan ambil simpang kedua di sebelah kiri ke arah Kolej Keris Mas.

Teruskan memandu melepasi Kolej Keris Mas di sebelah kanan jalan. Dari sini ikut tanda arah (sign board)  yang disediakan hingga ke PERMATApintar.

DARI KLIA DENGAN TEKSI 

Untuk mereka yang bercadang menggunakan perkhidmatan teksi dari KLIA, kami menyarankan  Airport Limo (http://www.airportlimo.my/). UKM Bangi berada dalam Zon304, dan bergantung kepada klas perkhidmatan limo berkenaan, kadar tambang pada  2 Februari 2015,  adalah antara RM54.80 hingga  RM133.60.

Dapatkan kadar tambang terkini di  http://www.airportlimo.my/index.php

Kaunter Airport Limo terletak di beberapa lokasi berikut di Kompleks Terminal Utama KLIA;

Balai Ketibaan
1. Balai Ketibaan Antarabangsa (berhadapan pintu keluar selepas pemeriksaan Kastam)
2. Balai Ketibaan Penerbangan Dalam Negeri
3. Aras Ketibaan, (Domestic Baggage Reclaim)

Nota:

Perkhidmatan Airport Limo memerlukan kupon teksi dibeli terlebih dahulu. Kupon ini boleh dibeli di kaunter Airport Limo. Kemudian serahkan kupon ini kepada pemandu Airport Limo yang menunggu di luar Balai Ketibaan.

Penumpang Budget Airlines

Kebanyakkan Budget Airlines  seperti Air Asia,  menggunakan Terminal KLIA 2. Untuk perkhidmatan teksi dari KLIA 2, kami sarankan;

KTM KOMUTER

Samada dari Kuala Lumpur (Utara) atau Seremban (Selatan), naik KTM Komuter  dan turun di stesyen UKM Bangi. Dari stesyen berkenaan tuan/puan boleh dapatkan perkhidmatan teksi ke  PERMATApintar.

Dapatkan maklumat lanjut tentang perkhidmatan  KTM Komuter di  http://www.ktmb.com.my/Komuter.html

Juga Berkaitan:

Peta Lokasi Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM

Permohonan Melawat ke Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM