Pencarian & Pengurusan Bakat

 

Program ini mengenalpasti seramai mungkin pelajar-pelajar pintar intelek semulajadi di Malaysia melalui beberapa siri ujian untuk membolehkan pelajar-pelajar pintar ini dicungkil dan dikembangkan bakat akademik melalui program-program yang ditawarkan oleh pusat ini. Terdapat pelajar pintar intelek semulajadi ini, yang tidak mencapai kejayaaan cemerlang dalam akademik di sekolah. Justeru, semua pelajar perlu diberi peluang untuk menyertai ujian asas iaitu Ujian UKM1 yang diadakan secara dalam talian (online) antara 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun. Terdapat juga pelajar yang semakin meningkat pencapaian dalam ujian ini setiap tahun mengikut kematangan berfikir mereka, walaupun pada tahun-tahun sebelumnya tidak terpilih ke ujian peringkat seterusnya iaitu UKM2 atau tidak terpilih ke program-program yang disediakan. Dengan itu, pelajar-pelajar jangan berputus-asa untuk menyertai ujian ini.

Ujian UKM2 adalah merupakan ujian saringan peringkat kedua dijalankan secara terkawal di pusat-pusat ujian yang ditetapkan mulai Julai hingga September. Pelajar yang lulus kedua-dua ujian ini akan ditawarkan untuk mengambil bahagian dalam program-program berikut:

1) Program Perkemahan Cuti Sekolah (PPCS) PERMATApintar Negara di UKM (murid berusia 9 – 15 tahun),

a. Calon-calon yang terpilih akan ditawarkan untuk mengambil ujian pencarian bakat UKM2 untuk saringan kedua yang akan berlangsung secara terkawal di pusat-pusat ujian seluruh negara antara bulan Julai – Sept 2013.

b. Hanya calon yang lulus ujian UKM2 dengan cemerlang akan ditawarkan mengikuti PPCS sesi Nov-Dis tahun berkenaan, atau sesi Mei-Jun tahun berikutnya.

c. Calon-calon yang disenarai-pendekkan untuk PPCS akan diberitahu samada melalui laman web surat, emel atau telefon. Oleh itu calon wajib memberikan butiran yang tepat dan terkini semasa mengisi borang ujian UKM1. Jika terdapat maklumat yang diragui, maka walaupun calon adalah layak, tetap tidak ditawarkan kerana tidak jujur dan bertanggungjawab.

2) Program PERMATA Insan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) (murid beragama Islam berusian 8 tahun sahaja),

a. Sekiranya calon berjaya dalam ujian UKM1, calon perlu mengambil ujian UKM2 dan dan jika lulus, perlu menduduki ujian USIM-1 pula.

b. Keputusan ujian USIM-1 akan menentukan samada calon layak ditawarkan menyertai program PERMATA Insan.

3) Kolej PERMATApintarTM  UKM (pelajar usia 11- 15 tahun pada tahun ujian diambil perlu menduduki ujian UKM3 semasa PPCS dilaksanakan).

Juga Berkaitan

Brosur Ujian UKM1 dan UKM2 ini di sini.

Carta alir proses Pencarian Pelajar Pintar dan Berbakat

Ujian UKM1 boleh diakses melalui  http://ukm1.permatapintar.edu.my/