Kolej PERMATApintar Negara, UKM

Program Pendidikan PERMATApintarTM merupakan program khas yang pertama di Malaysia untuk pelajar yang menunjukkan potensi intelek yang tinggi dalam bidang akademik. Program seperti ini telah lama di jalankan di negara jiran seperti di National University of Singapore, Mahidol University, Thailand, Korea Advance Institute of Science and Technology (KAIST) dan sudah tiba masanya untuk program ini diadakan di Malaysia sebagai langkah pertama bagimemenuhi keperluan kira-kira 350,000 orang pelajar pintar pintar dan berbakat. Pelajar-pelajar yang mengikuti Program Pendidikan PERMATApintarTM, dipilih setelah melalui ujian saringan dan penilaian memulakan program pada usia 16 tahun.

Antara tujuan utama program ini adalah untuk menyediakan program pendidikan holistik dan suasana pembelajaran yang kondusif khusus untuk pelajar-pelajar pintar dan berbakat. Program ini membangun, menyedia dan melaksanakan kurikulum pembelajaran yang sesuai dengan keperluan pembelajaran pelajar pintar cerdas akademik yang mempunyai potensi intelek yang tinggi. Adalah diharapkan ada antara pelajar program ini akan menjadi, antara lain, bakal penyelidik, teknokrat, pemikir, pemimpin dan Nobel Laureate yang serba-boleh. Untuk mencapai tujuan tersebut PERMATApintar menawarkan prasarana dan suasana pembelajaran yang kondusif. Beberapa pilihan trek pengajian mengikut kemampuan pelajar ditawarkan, dan ini membolehkan sebilangan pelajar menamatkan pendidikan menengah, dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti pada usia muda. Program ini pendidikan ini terdiri dari beberapa komponen –antara lain, akademik, pembentukan sahsiah, kepimpinan dan jati diri, serta ko-kurikulum. Komponen akademik dijalankan dengan pendekatan differentiated dan accelerated learning/teaching untuk membolehkan pelajar menguasai ilmu mengikut kemampuan masing-masing.

Kurikulum kebangsaan (KBSM) digunakan sebagai kurikulum asas, disamping kurikulum tambahan yang meliputi beberapa kursus universiti seperti Calculus, Linear Algebra dan bahasa asing sebagai academic rigor. Komponen pembentukan sahsiah, kepimpinan dan jati diri melibatkan pelbagai program kemasyarakatan yang menekankan semangat kekitaan dan kesukarelaan, disamping pengembangan kemahiran komunikasi interpersonal dan kepimpinan. Komponen kokurikulum membolehkan pelajar melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti persatuan, sukan dan pelbagai pertandingan seperti Math Olympiad, Robotics Competition, di dalam dan luar negeri. Pelajar-pelajar yang tamat pengajian dengan jayanya ditawarkan melanjutkan pengajian ke universiti-universiti ternama.

Maklumat lanjut mengenai program Pendidikan PERMATApintar boleh dimuat turun di sini (PDF, 977Kb). Laman web Kolej  PERMATApintar UKM

The English translation for this document is not yet available.

Go to PERMATApintar UKM College Website