Program Pintar dan Berbakat (Junior Science Camp Program)

picture23

  • Sejarah 

Program ini merupakan usahasama NCDRC (UPSI), BAHAGIAN PERMATA DAN PERMATApintar (UKM). Program ini pernah dilaksanakan pada 2015 iaitu sebagai salah satu projek rintis. Berikutan sambutan yang menggalakan, program ini telah diteruskan pada 2016. Secara rasminya, program ini telah dilancarkan oleh isteri Perdana Menteri, Ybhg. Datin Seri Rosmah Mansor pada 18 Ogos 2016.

  • Tujuan Program

Program ini diadakan bertujuan untuk membangunkan minat kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun terhadap bidang Sains dan Matematik (STEM).

  • Aktiviti yang dilaksanakan

Program ini menarik minat kanak-kanak dengan pelbagai aktiviti praktikal dan teori yang menarik berkaitan bidang  sains dan matematik (STEM). Aktiviti yang dirangka bersesuaian dengan tahap pembelajaran dan pemahaman kanak-kanak. Kanak-kanak akan sentiasa berada dalam pengawasan RA (Residental Assistant) sepanjang program berlangsung

  • Bagaimana pemilihan dibuat

Kanak-kanak yang terpilih menyertai kem ini telah lulus ujian saringan online PCIS PCIS(PERMATA Chidren Intelligence Scale) di http://pcis.permatapintar.edu.my/