Seminar Mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu 2019

  • Seminar Mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu 2019

    Date: 17/09/2019  - 
    Venue: Auditorium Permata Pintar, UKM


    Introduction

    Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) telah melancarkan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di Universiti Awam 2016-2020 pada tahun 2016. Pelan ini bertujuan untuk memastikan kedudukan bahasa Melayu dalam sektor pendidikan tinggi terus diperkukuh selaras dengan Perlembagaan serta sebagai pembentuk jati diri bangsa Malaysia dan generasi akan datang.

    Seminar Mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dianjurkan sebagai salah satu usaha menggalakkan ahli akademik dan penjawat awam memperkaya dan memperluas penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai disiplin ilmu. Seminar pada tahun ini akan dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

    Seminar ini akan dirasmikan oleh YB Menteri Pendidikan Malaysia dan menyasarkan penyertaan dalam kalangan ahli akademik, warga KPM, penjawat awam dari pelbagai agensi/kementerian, pemimpin pelajar serta penggiat industri.


     

    Tema:

    Kebitaraan Bahasa Melayu Pemangkin Ilmu Budaya Tinggi

     


     

    Objektif:

    • Berkongsi ilmu dan pengalaman daripada tokoh bahasa Melayu tempatan dan antarabangsa bagi mendaulatkan Bahasa Melayu;
    • Mendaulatkan serta memantapkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa Ilmu di kalangan IPT;
      Merintis pencerahan bagi isu berkaitan bahasa Melayu melalui forum ilmiah; dan
    • Menyebar luas maklumat dan inisiatif kementerian bagi memartabatkan bahasa Melayu kepada semua ahli akademik yang hadir

    Speakers

    • Seminar Mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu 2019


    Organiser

    Kementerian Pendidikan Malaysia
    Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
    Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

  • Pendaftaran

  • Tentatif Program

    MASA PERKARA
    8.00 pagi: Pendaftaran Peserta
    8.30 pagi: Ketibaan Tetamu/Jemputan
    8.50 pagi: Ketibaan tetamu kehormat
    9.00 pagi: Nyanyian Lagu Negaraku dan Bacaan Doa
    9.10 pagi: Ucapan Perasmian oleh Naib Canselor UKM
    9.30 pagi: Ucaptama 1
    oleh Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim
    10.30 pagi: Pidato Pelajar Antarabangsa
    10.45 pagi: Deklamasi Puisi
    11.00 pagi: Minum Pagi
    11.30 pagi: Plenari 1: Bahasa Melayu Bahasa ASEAN
    Panel Jemputan dari Thailand
    12.00 tengah hari: Plenari 2: Bahasa Melayu Bahasa ASEAN
    Panel Jemputan dari Singapura
    12.30 tengah hari: Makan tengah hari/Rehat
    2.30 petang: Ucaptama 2
    oleh Prof. Tan Sri Dr. Dzulkifli Abdul Razak
    Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
    3.00 petang: Forum: Akal Budi Bahasa Melayu dari Perspektif Malaysia Moden

    Panel:

    1) YB Nga Kor Ming
    Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat

    2) YBhg. Prof. Dr. Tatiana Denisova
    Profesor di Centre on Advanced Studies on Islam, Science and Civilization (CASIS), Universiti Teknologi Malaysia.

    3) Hj Burhanuddin Md Radzi
    Pengasas dan Pengarah Urusan, Les’ Copaque Production Sdn Bhd

    Moderator: Encik Fedri Yahya, Pengacara TV3

    4.30 petang: Persembahan Puisi oleh Dato’ Seri A. Samad Said, Sasterawan Negara
    5.00 petang: Majlis Perasmian Penutup dan Lawatan Tapak

    Pameran

    YB Dr. Maszlee Malik
    Menteri Pendidikan Malaysia

    5.30 petang: Majlis Penyampaian Sijil dan Cenderahati
    6.00 petang: Sesi Bergambar

    Bersurai

  • Gallery