ASBAM 6

  • ASBAM 6

    Tarikh: 08/12/2017  -  08/13/2017
    Tempat: KSL Hotel & Resort, Johor Bahru, Malaysia


    Pengenalan

    Seminar Antarabangsa Ke-6 Arkeologi, Sejarah dan Budaya ini merupakan seminar yang diadakan untuk kali keenam dan tujuan utama adalah untuk mengumpulkan hasil penyelidikan terkini berkaitan bidang arkeologi, sejarah dan budaya di Alam Melayu yang dikirkan amat penting untuk diwacanakan di peringkat antarabangsa.

    Seminar ini akan mengumpulkan sarjana dan juga pelajar pasca siswazah dalam satu sidang untuk mereka bertukar pendapat dan menyampaikan hasil penyelidikan serta pemikiran mereka berdasarkan hipotesis atau teori baru. Seminar ini dijangka dapat menarik perhatian pelbagai pihak dalam negara. Antaranya adalah kalangan akademik yang terdiri daripada sarjana dan mahasiswa/i, kakitangan kerajaan terutamanya yang terlibat dengan aktiviti permuziuman dan warisan, pencinta sejarah dan orang awam yang berminat.

    Tujuan Persidangan

    • Menemukan para penyelidik yang terlibat dalam arkeologi, sejarah dan budaya di peringkat antarabangsa
    • Memperoleh pelbagai data baru dalam bidang arkeologi, sejarah dan budaya terutamanya mengenai kajian di Alam Melayu
    • Memperkukuhkan jaringan penyelidikan dalam bidang tersebut terutamanya dengan para sarjana dari luar negara.
    • Memperkukuhkan bidang sains kemanusiaan dengan penglibatan daripada bidang sains tulen terutamanya kepada mereka yang terlibat dengan kajian arkeologi
    • Mengangkat bidang arkeometri sebagai satu bidang baru di Universiti Kebangsaan Malaysia
    • Melestarikan warisan budaya dan warisan semula jadi Malaysia

     

    Kadar Bayaran:

    Pembentang: RM 400.00
    Pembentang Pelajar/ Peserta: RM 200.00

     

    Urusetia Persidangan: asbam.atma@gmail.com


    Speakers

    • ASBAM 6


    Organiser

    Yayasan Pembangunan Darul Takzim
    Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia
    Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM
    Universitas Hasanuddin, Makassar, Indonesia

  • Galeri